Masyarakat kerapkali diseru oleh sebahagian pihak yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut ulama salaf untuk meninggalkan amalan tertentu seumpama bacaan Yasin pada malam Jumaat hanya dengan alasan bahawa amalan itu tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Lalu golongan ini mendakwa amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW hendaklah ditolak kerana ia adalah bidaah. Bidaah adalah amalan yang diada-adakan yang tidak dilaksanakan oleh Nabi SAW. Mereka berdalilkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan…










