Alexandra mahu berjaya dalam dunia peragaan dan komersial - Utusan Malaysia

Alexandra mahu berjaya dalam dunia peragaan dan komersial

Alexandra Mariam Alexander Basil pernah menjayakan kempen iklan antaranya Porsche, Petronas, Digi dan Zalora.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minat mendalam dalam bidang kecantikan menjadi antara faktor utama kanak-kanak comel, Alexandra Mariam Alexander Basil, 9 mahu terus menceburi kerjaya sebagai seorang model.

Wajahnya juga tidak lagi asing dalam industri pengiklanan komersial apabila telah menjayakan beberapa iklan jenama terkenal seperti Porsche, Petronas, Digi dan Zalora.

Berdarah kacukan Malaysia-Scotland, jelas memberikan kelebihan buat dirinya apabila waktu ini tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran iklan.

(Dari kiri) Alexandra, Aidan Zahrain dan Alia Laila.

Menurut Alexandra atau lebih mesra disapa Alexa, dia sememangnya meminati semua perkara yang berkaitan dengan kecantikan dan sentiasa mahu kelihatan kemas dan bergaya.

“Saya suka apabila wajah saya dirias. Saya rasa lebih yakin dan cantik apabila ditata rias setiap kali sebelum memasuki set.

“Saya juga gemar berlakon untuk setiap iklan berbeza. Saya suka apabila diarahkan untuk melakonkan watak-watak dalam iklan. Walaupun hanya sedikit saja lakonannya, ia amat memuaskan,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Dari kepetahan bercakap dan personaliti yang mudah mesra, tidak mustahil anak kedua daripada tiga beradik ini bakal bergelar bintang terkenal.

BERLATIH
Turut menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon, dia berharap agar penglibatannya dalam bidang komersial itu, turut dapat membantu dirinya menceburi dunia lakonan suatu hari nanti.

“Untuk mendapatkan tugasan sempurna, saya selalunya akan berlatih sebelum pergi ke set,” ujarnya teruja.

Kejayaan tidak mungkin datang bergolek tanpa usaha dan sokongan keluarga tersayang.

Nenek Alexa, Hamimah Puteh, berkata sejak usia dua tahun lagi Alexa suka beraksi depan kamera dan gemar menonjolkan diri menyebabkan dirinya disenangi orang sekeliling.

“Saya tidak menghalang sebaliknya selalu menguruskannya termasuk menemaninya ke luar negara untuk sesuatu projek iklan. Saya bagi sokongan penuh kepadanya dan cucu saya yang lain. Tidak ada sebab untuk menghalang mereka melakukan perkara yang disukainya,” jelasnya.

Selain Alexandra, adiknya, Alia Laila dan abangnya Aidan Zahrain turut terbabit sebagai model.

Tambahnya, kerjaya itu juga tidak mengganggu pelajaran Alexa kerana penggambaran sering dilakukan pada waktu hujung minggu atau cuti persekolahan.

UNDI UNTUK MENANG
Dalam perkembangan terbaharu, Xandar turut terpilih menyertai Supermodel Universe Malaysia 2021 kategori kanak-kanak. Kemenangan melayakkan peserta memperoleh ilmu peragaan yang lebih luas.

Antaranya latihan catwalk, sesi penggambaran dan peluang bekerjasama dengan pelbagai agensi pengiklanan. Pemenang dinilai berdasarkan tahap keyakinan, personaliti dan jumlah undian dalam talian sehingga hari ini. Ia boleh dilakukan menerusi https://pageantvote.asia/pageants/867/contestants/5001

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya