Vivy Yusof imbau raya bersama Opah dalam The Rattan dUCk - Utusan Malaysia

Vivy Yusof imbau raya bersama Opah dalam The Rattan dUCk

Koleksi terbesar pernah ditampilkan dUCk mengangkat rotan dan bunga kertas sebagai motif utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buat pertama kali, jenama tudung dUCk menampilkan koleksi sedia pakai (RTW) The Rattan dUCk, meraikan Aidilfitri ini.

Koleksi terbesar pernah ditampilkan jenama itu mengangkat motif rotan dan bunga kertas sebagai motif utama koleksinya.

Ia mengimbau kenangan beraya di desa yang mana kebanyakkan kediaman di kampung dibina menggunakan kayu, manakala bunga kertas aneka warna, penyeri wajib di setiap laman tuan rumah.

Berkongsi memori Aidilfitri, Pengasas Bersama FashionValet dan Kumpulan dUCk, Vivy Yusof, berkata koleksi itu mengimbau sambutan lebaran di kampungnya bersama arwah Opahnya.

Katanya, Opah pemain watak utama dalam melakukan segala persiapan menyambut Syawal.

“Opah bekerja keras tanpa mengenal penat, memastikan persiapan Aidilfitri seisi keluarga, berlangsung sempurna tanpa sebarang cacat cela.

“Saya mempunyai hubungan istimewa dengan arwah Opah saya. Ia turut membangkitkan rasa rindu sewaktu bersamanya. Justeru saya bangga melihat koleksi ini mampu di zahirkan dengan baik,” katanya.

Vivy berkata, menerusi koleksi berkenaan beliau mahu pelanggan mengimbau kembali detik dan kenangan manis lebaran mereka.

“Kalau boleh, menghidupkan kembali kenangan indah itu bersama keluarga masing-masing menerusi koleksi yang menggamit nostalgia ini,” katanya yang menjelaskan himpunan itu paling bermakna bagi dUCk, walaupun mencabar, tetapi berbaloi.

Mengenai cabaran menyudahkan koleksi berkenaan, Vivy berkata beliau mengambil masa lebih setahun memesrai rotan termasuk mempelajari teknik pembuatan produk rotan, kaedah anyaman rotan dan mendapatkan produk terbaik bagi memastikan mampu menghasilkan koleksi sesempurna mungkin.

Selain tudung, koleksi itu turut menyediakan pilihan selendang, telekung, beg, aksesori dan pelitup muka.

Koleksi ini kian istimewa apabila syarikat akan menyumbang RM 100,000 kepada rumah orang tua di seluruh Malaysia menerusi penjualan koleksi bermakna ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN