PADA tahun 1885, Kampung Sungai Kuali di Serkat, Pontian, Johor dahulunya dikenali sebagai Kampung Sengkawali yang bermaksud Penyatuan Keris Bugis (Kawali). Kampung tersebut diasaskan seorang Bugis berketurunan bangsawan. Menyingkap sejarah kampung itu, pengasasnya iaitu Penghulu Daeng Paduka Petta La Fabettah Arung La Pagalah juga tidak melupakan pembinaan masjid yang menjadi identiti kepada perkembangan syiar Islam. Ketika itu, beliau tidak keseorangan kerana dibantu tiga lagi bangsawan Bugis iaitu Daeng Mabeilah Petta…










