Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), mendedahkan tiga daripada setiap 10 orang dewasa berusia 16 tahun dan ke atas di negara ini akan menderita masalah kesihatan mental.
Menurut pakar motivasi, Dr. Azuraida Shahadan, antara faktor berlakunya masalah mental dalam kalangan orang ramai ialah cara berfikir (set minda) yang tidak tepat.
Katanya, 80 peratus daripada kehidupan, kejayaan atau kegagalan manusia sebenarnya ditentukan oleh minda separa sedar yang terbentuk semasa usia 0 hingga tujuh tahun.
“Selepas usia itu, minda manusia hanya akan memainkan apa saja program atau kepercayaan yang dibentuk semasa kecil. Sekiranya, kepercayaan yang terbentuk adalah kemalasan, sakit atau kegagalan, maka kita harus memprogramkan semula minda separa sedar itu.
“Minda separa sedar kita akan bagi jawapan sewaktu kita bangun pagi dan kadang-kadang waktu mandi atau sedang memandu tiba-tiba dapat idea.
“Mana idea itu datang? Sebab the night before kita dah tanya minda separa sedar. Cuma kita tak tahu sebelum ini kita pernah buat, bahawa ini tekniknya. Sebenarnya, apa yang kita fikir itu yang Allah akan dekatkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Peranti Mind Tune atau dikenali sebagai MIA (Mind Affimation Device) di ibu negara, baru-baru ini.
Dr. Azuraida menjelaskan, elemen tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu terapi siang, tidur, pagi dan siang serta terapi setiap masa.
Peranti itu boleh dipasang dan dibaca pada bila-bila masa ketika dalam keadaan sedar.
“Minda separa sedar kita akan bagi jawapan sewaktu kita bangun pagi dan kadang-kadang waktu mandi atau sedang memandu tiba-tiba dapat idea.
“Secara asasnya hukum daya tarik ini mudah saja, jika kita fikir pasal orang tertentu, Allah akan dekatkan kita dengan individu berkenaan. Bila kita fikir pasal barang, kita dapat barang,” jelasnya.
Beliau mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan formula terapi set minda terbaik yang sesuai dengan budaya dan agama di Malaysia.
Katanya, pada 2012, beliau melalui pergolakan rumah tangga dan ketika itu keadaan mindanya kurang stabil. Selepas mengamalkan beberapa terapi, kehidupannya kembali ceria.
“Terapi ini secara langsung dapat membantu individu terjejas akibat Covid-19 untuk kembali kuat mengharungi cabaran hidup dengan positif,” katanya.
TIP PENGUKUHAN DIRI
Bermaksud pendapat positif mengenai diri atau kata-kata motivasi yang digunakan untuk diri sendiri. Minda akan menolak imej diri yang tidak bertetapan dengan apa yang telah kita programkan. Bagi mengelak penolakan ini, ikuti tip berikut yang dipetik daripada buku Mimpi Jadi Realiti tulisan Dr. Azuraida:
Amalkan pengukuhan diri positif
Contoh: Saya gembira saya kaya
Gunakan perkataan sekarang
Contoh: Saya siapkan sekarang.
Elakkan guna perkataan akan datang
Contoh: Saya akan gembira.










