Sama seperti industri lain, Zoo Negara juga antara entiti yang tidak terlepas daripada kesan berpanjangan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak setahun lalu. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa mereka menutup pintu kepada pengunjung telah menjejaskan beberapa faktor antaranya keperluan dana untuk baik pulih kediaman haiwan agar kekal selesa. Biarpun Zoo Negara tidak pernah berhenti berusaha untuk menampung perbelanjaan, namun kebanyakan pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membiayai kos makanan…