Emas saduran? Berkualiti ke? Baik pakai emas betul. Kata-kata sindiran itu masih terngia-ngia di telinga Izreen Immarni Imnizam, 34, sewaktu mula berjinak-jinak meniaga emas saduran enam tahun. Ia berbekas dalam kotak ingatan namun kata-kata nista itulah sebenarnya membantu melonjak dirinya bekerja lebih keras. Kini pemilik kedai emas saduran Chanteq Chantique ini boleh tersenyum lebar apabila boleh buat duit dengan menjual emas saduran. Malah mampu meraih jualan tujuh angka setiap bulan.…