Gula berlebihan cetus kemurungan - Utusan Malaysia

Gula berlebihan cetus kemurungan

KERAJAAN negeri Terengganu menganjurkan Hari Munajat Rakyat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak sedikit kita disajikan dengan berita mengenai kesihatan mental kebelakangan ini. Tidak kira golongan artis mahupun orang biasa makin ramai yang terbuka berbicara mengenai perkara ini.

Malah, kejadian bunuh diri juga dilihat makin menjadi-jadi di serata tempat. Pegawai Psikologi (Klinikal), Jabatan Psikiatri, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Nur Ajirah Abdul Manaf tampil membincangkan isu ini.

SERI: Adakah pandemik Covid-19 antara faktor dorongan peningkatan masalah mental?

JAWAPAN: Krisis kesihatan jiwa dan mental semakin meningkat apabila berjuta-juta individu di seluruh dunia dikelilingi kematian dan penyakit.
Keadaan menjadi lebih parah apabila semua orang dikehendaki untuk melakukan pengasingan diri sekali gus menyebabkan kesunyian.

Ramai turut berdepan masalah kesempitan kewangan akibat diberhentikan kerja atau tidak dapat meneruskan perniagaan seperti biasa serta kerunsingan disebabkan Covid-19. Oleh itu, ia turut menyumbang kepada peningkatan masalah sosial seperti masalah mental, penggunaan bahan terlarang serta kecenderungan untuk membunuh diri.

 

NUR AJIRAH ABDUL MANAF

Apakah simptom gangguan mental?

Simptom-simptom gangguan mental termasuklah perubahan mood seperti menangis secara tiba-tiba tanpa sebab, rasa tertekan dan tidak berguna, berasa resah, gelisah, gemuruh, tidak selesa, perubahan pada pola makan dan tidur selain sering penat dan lesu. Malah, ada yang merasakan kurang keinginan untuk mengikuti aktiviti bersosial.

Golongan berisiko mengalami masalah mental?

Penyakit major depressive disorder (salah satu penyakit di bawah kumpulan penyakit kemurungan) lebih kerap dialami golongan berumur 18 hingga 29 tahun berbandingan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Wanita mempunyai risiko lebih tinggi mengalaminya berbanding lelaki. Selain itu, faktor genetik turut mempengaruhi seseorang mewarisi masalah mental.
Contohnya, saudara kandung atau ibu bapa mempunyai sejarah penyakit berkenaan.

Benarkah individu mempunyai masa lampau tragis lebih mudah terkena gangguan mental?

Golongan yang mempunyai masa lampau atau zaman kanak-kanak traumatik berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental.

Kanak-kanak yang mengalami masa lampau yang traumatik atau lebih dikenali sebagai Adverse childhood experience (ACE), berpotensi mengalami ganguan kesihatan mental apabila meningkat dewasa.

Antaranya termasuklah penyakit kemurungan, kebimbangan melampau, tingkah laku agresif, post traumatic stress disorder (PTSD), dan penyalahgunaan bahan.

Bagaimana orang sekeliling dapat mengenalpasti ciri-ciri gangguan mental supaya dapat membantu dari awal?

Kebanyakan pesakit tidak menyedari perubahan diri yang mereka alami. Kenalan atau keluarga boleh mengenalpasti beberapa petanda seperti:

i-Terdapat tingkah laku menyisihkan diri daripada keluarga, rakan.

ii- Berasa penat, lesu sepanjang masa dan mula mengabaikan kebersihan diri.

iii- Sukar menumpukan perhatian, sukar berfikir, mengingat atau membuat keputusan.

iv- Menangis tanpa sebab munasabah dan bertindak melulu (mencederakan diri sendiri atau cubaan membunuh diri).

Adakah tabiat pemakanan mempengaruhi kesihatan mental?

Diet pemakanan yang tinggi kandungan gula boleh menyebabkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemakanan mempengaruhi fungsi otak dan berupaya membantu mengurangkan gejala-gejala masalah mental.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×