Pencahayaan satu titik hanya akan melibatkan satu cahaya dan ia akan digambarkan sebagai lampu utama.
Lampu utama adalah sumber cahaya dominan utama yang paling banyak mempengaruhi pencahayaan subjek. Ia menentukan pencahayaan dan bayangan yang dapat dilihat.
Lampu utama adalah cahaya yang sering digunakan oleh jurugambar, sinematografer dan jurukamera.

Tujuan cahaya utama adalah untuk menonjolkan bentuk dan dimensi subjek. Sumber cahaya ini terdiri daripada sumber cahaya matahari, lampu studio, lampu denyar dan pelbagai lagi mengikut kreativiti juru foto.
Pencahayaan satu titik ini juga dapat menghasilkan mood pada gambar dengan kesan cahaya dan bayang yang ekstrem.










