Bibir mekar dengan cara mudah, jimat - Utusan Malaysia

Bibir mekar dengan cara mudah, jimat

Bibir perlu penjagaan sempurna bagi mengekalkan kecantikkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bibir hitam? Eeuuwww…tak menariklah! Pernah anda mengalami kejadian ini apabila keluar berjumpa kawan-kawan?

Meskipun sekarang ini kita mengamalkan norma baharu dengan memakai pelitup muka, namun jangan sekali-kali abaikan penjagaan bibir. Cara berikut mungkin membantu mencantikkan bibir mekar secara semulajadi.

#1 ELAKKAN AIR LIUR
Elakkan membasahkan bibir menggunakan air liur! Ini kerana air liur mempunyai enzim amilase dan maltase yang boleh menyebabkan kulit bibir nipis bila terdedah udara kering.

Elakkan selalu membasahkan bibir dengan air liur.

#2 SALAP BIBIR SEBELUM GINCU
Bahan digunakan dalam sesetengah gincu boleh menyebabkan bibir kering. Penggunaan salap bibir sebelum gincu, boleh menyelamatkan bibir anda dari pendedahan terus kepada bahan-bahan
tersebut.

#3 SENTAL BIBIR
Fungsi penyental bibir, sama seperti penyental muka. Ia membantu membuang sel kulit mati pada bibir. Ia juga boleh juga dibuat di rumah dengan menggunakan hanya dua bahan iaitu gula dan madu atau vaseline. Gosok campuran gula dan vaseline lalu gosok perlahan pada bibir. Biarkan selama lima minit.

#4 MINUM AIR
Sebelum ini, sudah dikongsikan kebaikan air kosong kepada tubuh. Nah, air kosong juga sangat penting dalam memelihara kelembapan bibir.
Minum air sangat penting untuk biarkan bibir dalam keadaan lembab. Selain itu, meletakkan ais pada bibir juga turut membantu mengembalikan bibir merah anda tau!

Air untuk kekalkan kesegaran wajah dan tubuh.

#5 GUNA BAHAN YANG BOLEH LEMBABKAN BIBIR
Sebelum dapatkan apa-apa produk bibir, baca bahan-bahan kandunganya terlebih dahulu. Sesetengah produk tidak sesuai dengan kulit bibir kering dan sensitif.

Antara bahan kandungan yang patut dielakkan ialah beeswax. Bahan ini selalunya ada dalam gincu dan ia dikatakan membantu gincu untuk bertahan lebih lama apabila di sapu. Jadi jika produk bibir itu ada menyatakan tahan lama, lebih baik periksa kandungan terlebih dahulu.

Sebaliknya carilah bahan seperti hyaluronic acid kerana ia antara bahan yang banyak digunakan dalam produk penjagaan kulit.

Bahan lain seperti shea butter lebih sesuai kerana ia kaya vitamin dan asid lemak yang boleh mengelakkan bibir daripada keradangan. Selain itu, aloe vera sangat bagus untuk merawat bibir kering dan gelap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×