RAMADAN semakin dekat. Antara isu yang sering mengundang pertanyaan ialah fidyah. Kaum Muslimah selalunya lebih mengambil berat isu fidyah. Namun realitinya, orang lelaki juga wajib mengambil tahu mengenainya. Fidyah adalah bayaran wajib yang dikenakan ke atas mereka yang meninggalkan puasa Ramadan dan tidak segera menggantikannya sehingga masuk Ramadan berikutnya. Ia boleh juga diibaratkan seperti ‘denda’ atas kelalaian seseorang. Di Malaysia, fidyah pada asalnya dibayar dengan beras sebagai makanan asasi. Kadar…










