KUANTAN: Dianggarkan kira-kira 400,000 pelajar tingkatan empat di seluruh negara akan menggunakan buku teks Sejarah yang didakwa wujud penyelewengan fakta menerusi cubaan menjulang pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Aripin Said berkata, jika dibiarkan begitu sahaja, ia dibimbangi akan meresapi dalam pemikiran setiap pelajar berkenaan fakta diseleweng itu. Apabila keadaan itu berlaku katanya, ia akan menghasilkan pemikiran pelajar yang boleh menerima ideologi komunis…










