DOJ serah waran rampas dana 1MDB RM1.3 bilion - Utusan Malaysia

DOJ serah waran rampas dana 1MDB RM1.3 bilion

imdb
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menyerahkan waran kepada firma undang-undang terkenal London dalam usaha merampas ratusan juta dolar yang didakwa mempunyai kaitan dengan penipuan besar antarabangsa.

Berdasarkan rekod mahkamah yang dipetik daripada laporan The Guardian, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) yang mewakili DOJ menyerahkan waran itu di pejabat firma Clyde&Co di London.

Waran yang ditandangani oleh Hakim Mahkamah Persekutuan AS mengenal pasti ‘defendan’ berhubung wang yang dirampas bernilai AS$330 juta (RM1.3 bilion) yang berada dalam simpanan Clyde&Co menerusi akaun bank di cawangan NatWest.

Permohonan yang dibuat melalui waran itu menyatakan ia adalah warrant in rem iaitu perintah yang digunakan untuk merampas harta atau aset dise­rahkan kepada firma itu pada 29 Oktober tahun lalu bagi mendapatkan wang berkenaan.

DOJ mendakwa wang yang berasal daripada penipuan yang sangat kompleks berhubung dana pelaburan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diselewengkan lebih AS$4 bi­lion (RM16 bilion) daripada dana pengubahan wang haram untuk membayar sogokan dan gaya hidup mewah pelakunya.

Pihak pendakwa antipe­ngubahan wang haram DOJ mendakwa, wang itu disimpan oleh Clyde&Co adalah baki daripada fasa pertama penyelewe­ngan 1MDB, yang menyalahgunakan dana 1MDB berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion).

Menurut pendakwa raya, nilai AS$700 juta (RM2.8 bilion) digunakan bagi kepuasan peribadi pelaku 1MDB sementara AS$300 juta (RM1.2 bilion) dialihkan melalui usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi.

DOJ pada mulanya mendakwa PetroSaudi terlibat dalam penyelewengan pada 2016 dan kemudian mendakwa ahli perniagaan Arab Saudi, Tarek Obaid sebagai ahli utama yang mengaut keuntungan.

Bagaimanapun, Obaid yang didakwa tahun lalu di Malaysia berhubung tuduhan penyelewengan menafikan sebarang aktiviti salah laku tersebut.

Tahun lalu, Pendakwa Raya AS dan Malaysia mula menumpukan perhatian terhadap wang yang disimpan oleh Clyde & Co yang didakwa merupakan hasil usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

DoJ mengemukakan prosiding sivil dalam usaha merampas dana tersebut sehingga mencetuskan pertikaian undang-undang di AS dan UK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN