PETALING JAYA: Kerajaan diminta membenarkan pelanggan makan dalam premis bagi membantu pengusaha restoran dan kedai makan mengekalkan perniagaan sekali gus mengelakkan risiko gulung tikar. Pada masa sekarang, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan pelanggan makan dalam premis, sebaliknya mereka hanya boleh membungkus makanan untuk perkhidmatan bawa pulang. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang mewakili 4,200 ahli dan 10,000 rangkaian restoran menganggarkan sejak PKP dilaksanakan tahun lalu, hampir 300…










