KERETA ‘hantu’ yang beroperasi menggunakan arahan suara, teknologi ternak ikan air masin di tengah bandar dan segala macam kecanggihan Artificial Intelligence (AI); generasi sekarang barangkali tidak hairan dengan ciptaan-ciptaan sebegini. Pun begitu, pada 1980-an, ia sesuatu yang sangat asing, malah tak kurang menganggap ia sebagai mengarut. Namun tahukah anda, di kala itu seorang anak Melayu telah menempa nama sebagai pereka cipta luar biasa. Beliau ialah pengasas Zull Design Autotronic, Zulkifli…










