Covid-19: Gomez kecam Facebook gagal sekat berita palsu - Utusan Malaysia

Covid-19: Gomez kecam Facebook gagal sekat berita palsu

SELENA GOMEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK:Penyanyi dan pelakon Hollywood, Selena Gomez mengecam tindakan laman Facebook yang gagal membendung penularan berita palsu mengenai maklumat saintifik berkenaan wabak Covid-19.

Lapor Mirror, Gomez, 28, malah menegaskan rangkaian media sosial itu bakal bertanggungjawab atas ribuan kematian sekiranya mereka gagal mengambil tindakan drastik dengan segera.

Gomez memuat naik klip video temubual Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Countering Digital Hate, Imi Ahmed dengan BBC mengenai wabak tersebut.

Imi mendakwa syarikat media sosial tidak pernah melakukan sebarang usaha untuk mengekang penularan berita palsu berhubung vaksin ketika pandemik yang melanda seluruh dunia.

“Maklumat saintifik Covid-19 yang mengelirukan boleh meragut nyawa. Facebook sebelum ini pernah memaklumkan kononnya tidak membenarkan berita palsu mengenai Covid-19 dan vaksin disiarkan di platform mereka.

“Jadi bagaimana ia masih berlaku. Facebook akan bertanggungjawab atas ribuan kematian jika mereka tidak mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Gomez pernah bersuara dan menentang laman sosial gergasi itu apabila ia membenarkan kumpulan Neo Nazi untuk turut menjalankan aktiviti pengiklanan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya