PUTRAJAYA: Selangor mencatat penurunan kes harian tertinggi Covid-19 kepada 435 kes, semalam dengan 344 kes membabitkan kluster-kluster dan saringan kontak rapat. Kelmarin, Selangor mencatat 823 kes. Sabah turut menurun kepada 333 kes berbanding 429 kes kelmarin diikuti Kuala Lumpur 131 kes. Sehingga kini, terdapat 115 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala kes kematian pula melibatkan empat individu. Ketua Pengarah…