KLANG: Tindakan kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja syarikat Top Glove di Meru, di sini dibantah penduduk setempat. Bantahan itu dibuat gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk Jalan Teratai dan peniaga kecil dengan membuat laporan polis di Balai Polis Meru. Mewakili penduduk,Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin (GMP), S. Hassan Kuthoos berkata, pihaknya kecewa dengan penamatan PKPD itu berikutan tiada jaminan keselamatan semua pekerja asing syarikat…