ALOR SETAR: Penutupan pintu sempadan negara berikutan pandemik Covid-19 tidak menghalang pasangan Malaysia bernikah menggunakan khidmat jurunikah Thailand yang dilakukan secara online. Nikah online membabitkan pasangan Malaysia bermula apabila sempadan negara ditutup susulan penularan wabak Covid-19 Mac lalu. Sejak itu muncul beberapa ejen di negeri ini dan Perlis menawarkan khidmat nikah online Siam. Ada dakwaan nikah online Siam `berjangkit’ dari Selangor yang membenarkan pasangannya bersatu secara atas talian. Seorang bekas…