KUALA LUMPUR: Memiliki wang ratusan ribu ringgit dan sebuah pangsapuri mewah bernilai RM400,000 di kawasan metropolitan elit di ibu negara.
Itulah kemewahan hidup yang dikecapi pemuda bergelar ‘anak ikan’ hasil melayan nafsu golongan ‘mak datin’ dan wanita-wanita kaya yang dahagakan kasih sayang.
Berkongsi dengan Mingguan Malaysia, beberapa lelaki muda berusia 20-an ini mengakui seronok bergelar ‘anak ikan’ kepada golongan ‘mak datin’ dan wanita-wanita kaya selepas disogok ribuan ringgit hanya untuk memuaskan nafsu mereka.
“Mula-mula memang malu dan bersalah tetapi selepas dipuji-puji wanita kaya sambil menghulurkan duit untuk kerja-kerja ini, semua rasa bersalah itu hilang,” kata pemuda bertubuh sasa itu.
Ceritanya, dia mula terjebak dengan kegiatan ‘anak ikan’ ketika menyertai pertandingan memasak di ibu negara sebelum mula ‘dipikat’ seorang datin yang bersuami dan tinggal di Damansara.
Menurut anak muda dari Melaka itu, ketika itu dia berusia 18 tahun manakala datin tersebut 39 tahun.
Jelasnya, dia berkenalan dengan datin berkenaan selepas diminta menyediakan masakan asam pedas di rumahnya dan hasil masakan pada hari tersebut tidak disangka dibayar sehingga RM7,000.
“Walaupun curiga dengan bayaran sebanyak itu, namun saya ingatkan datin berkenaan hanya mahu berkawan atau berbual.
“Namun lama-kelamaan perangai datin semakin pelik keBerkongsi dengan Mingguan Malaysia, beberapa lelaki muda berusia 20-an ini mengakui seronok bergelar ‘anak ikan’ kepada golongan ‘mak datin’ dan wanita-wanita kaya selepas disogok ribuan ringgit hanya untuk memuaskan nafsu mereka.ana menggoda saya sehingga saya terjebak memberi khidmat memuaskan nafsunya,” ceritanya.
Sejak itu, katanya, setiap kali datin kesunyian atau ‘menyampah’ dengan suaminya, datin tersebut akan menghubunginya untuk menemani beliau.
“Selepas beri ‘khidmat’ tersebut, datin beri duit tunai paling kurang RM7,000 kepada saya,” katanya yang kemudian semakin gian mencari ‘sugar mummy’ atau wanita sunyi.
Sepanjang bergelar ‘anak ikan’, dia mampu mengumpul ratusan ribu ringgit dan memiliki sebuah kediaman mewah bernilai RM400,000 di kawasan metropolitan mewah di ibu negara yang dihadiahkan oleh salah seorang pelanggan yang berpuas hati dengan khidmatnya.
Katanya, dalam tempoh itu ada kalanya dia ‘disimpan’ dua atau tiga wanita dalam satu-satu masa dan kerjanya juga ada prosedur operasi standard (SOP) iaitu mematuhi setiap permintaan pelanggan yang tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
Menurutnya, tempoh ‘khidmatnya’ tidak menentu dari sebulan dan ada sampai dua tahun.
Sementara itu, seorang lagi ‘anak ikan’ berusia 22 tahun berkata, kerjanya memang mudah tetapi bayaran lumayan.
“Ramai gelap mata apabila ditunjukkan duit ribuan ringgit, dibawa ke tempat mahal,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.
Bagaimanapun, ceritanya, dia pernah melalui pengalaman ‘tidak menyenangkan’ iaitu dikurung Datin X di sebuah apartmen wanita itu di Johor Bahru hanya kerana dia ingin memutuskan hubungan.
“Datin X berusia 50-an. Dia marah dan memasang jeriji di rumah untuk kurung saya tetapi saya berjaya melepaskan diri dengan bantuan rakan,” ceritanya yang mengikuti kursus kulinari di sebuah kolej di negara.
Menurut pemuda itu, dia tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu merumitkan keadaan kerana apa yang berlaku sebelum ini atas persetujuan kedua-dua pihak.
Sejak menjerumuskan diri dengan dunia ‘anak ikan’, dia sudah ‘berhubungan’ dengan empat wanita dan salah seorangnya adalah wanita Singapura.
“Bayaran paling mahal saya pernah terima RM10,000 secara tunai dan buat masa ini belum berniat untuk ‘bersara’ walaupun ada kalanya memang terfikir untuk hentikan semua perbuatan terkutuk ini,” katanya. – UTUSAN









