"Saya tiada kaitan kes edar dadah,"-Shiha Zikir - Utusan Malaysia

“Saya tiada kaitan kes edar dadah,”-Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENJADI perhatian gara-gara tular gambarnya bersama seorang usahawan kosmetik yang didakwa terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa, ketika ini bukan sesuatu yang mengejutkan jika ada pihak yang cuba mengaitkan selebriti ini dengan kegiatan tidak bermoral itu.
Menjelaskan kedudukan sebenar dirinya kepada Pancaindera, Shiha Zikir membongkar kaitan dia dengan individu terbabit yang dikatakan bergelar ‘Datuk Seri’ itu.

Pancaindera: Tahu atau tidak gambar Shiha dengan usahawan yang bergelar “Datuk Seri” itu kini tular dalam laman sosial?
Shiha Zikir: Tahu, sebab ada yang menghantar gambar itu kepada saya. Saya mahu jelaskan individu terbabit langsung tidak ada kena mengena dan tiada kaitan dengan saya. Malah gambar itu juga diambil ketika saya dijemput mengadakan persembahan di sebuah majlis. Kebetulan dia ada di sana, itulah kali pertama saya bertemu. Tiada lagi hubungan lain.

Bila ada dakwaan yang mengaitkan Shiha dengan kontroversi yang melanda individu terbabit, apa komen Shiha?
Kalau saya salah, pastinya ketika ini berada dalam ketakutan dan tidak jawab telefon. Boleh lihat sendiri saya tenang saja. Sebabnya, memang saya tidak ada kena mengena dengan dakwaan yang bertebaran kini.

Tindakan pertama Shiha bila tular perkara ini dalam kalangan netizen?
Saya tidak salahkan netizen, memang saya bergambar dengan individu terbabit. Cuma sebagai seorang selebriti ada tindakan pantas yang perlu saya ambil. Saya terus menghubungi syarikat kosmetik yang dikatakan itu. Bercakap sendiri dengan pihak berkenaan, mereka menjelaskan individu terbabit langsung tidak ada kena mengena dengan jenama syarikat mereka. Malah syarikat tersebut sudah buat penjelasan dengan pihak media.

Kaitan Shiha dengan syarikat kosmetik itu pula?
Memang ada perbincangan sebelum ini untuk saya mewakili jenama mereka, namun semuanya masih dalam peringkat awal dan saya juga tidak boleh keluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Netizen kini cukup sensitif dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral yang dikaitkan dengan selebriti. Penipuan dan pelacuran antaranya. Sebagai seorang anak seni, apa pandangan Shiha dengan situasi semasa.
Bagus sebenarnya bila ada pendedahan seperti ini kepada masyarakat. Sebab berita yang dianggap negatif ini secara tidak langsung memberi peringatan kepada saya dan selebriti lain tentang apa juga kegiatan tidak bermoral pasti akan memberi kesan tidak baik bukan sahaja kepada karier tetapi juga diri sendiri.

Shiha sendiri pernah tak cuba dijebak dalam kegiatan tidak bermoral?
Jujurnya memang ada, ini berlaku beberapa tahun lepas yang mana saya menerima panggilan telefon yang menawarkan saya mengadakan persembahan di luar negara. Peliknya, dia hanya meminta saya pergi seorang diri. Selepas mengetahui niat sebenar, saya jelaskan saya bukan jenis wanita begitu. Bila sudah menolaknya langsung dimintanya saya cadangkan nama artis lain pula. Ngeri!

Nasihat Shiha kepada rakan selebriti, dalam berhadapan cabaran dunia seni.
Saya tidak pernah setuju dengan kenyataan yang mengatakan kekayaan adalah bukti kejayaan. Dahulu saya turut terpalit dengan gosip yang mengatakan saya ditaja. Bila baca kenyataan itu memang saya gelak sahaja, sebab apa yang saya miliki ini adalah hasil usaha sendiri. Paling penting ia juga bukan diperoleh dalam tempoh waktu singkat. Jadi kepada golongan selebriti, ambil tanggungjawab untuk sentiasa menjaga nama sendiri dan keluarga. – Jawablah! Pancaindera

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN