Konsesi PLUS sehingga 2058 belum muktamad - Utusan Malaysia

Konsesi PLUS sehingga 2058 belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Masih belum ada keputusan dibuat berhu­bung pelanjutan tempoh konsesi PLUS Malaysia Berhad (PLUS) selama 38 tahun sehingga 2058 seperti yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Ja­nuari lalu.

Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan masih meneliti perkara itu sebelum dimukta­madkan berikutan banyak aspek perlu dipertimbangkan dan diimbangi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, ia termasuklah hutang kerajaan, bebanan rakyat dan tanggungan oleh konsesi.

“Untuk makluman, ber­kai­tan dengan PLUS ini adalah antara perkara yang sedang diteliti ke­rana dalam isu yang melibatkan tol ini banyak per­kara sensitif yang perlu di­pertimbangkan.

“Jadi bagi PLUS, antara perkara-perkara yang dipertimbangkan yang perlu diteliti termasuk juga syarat unjuran (pendapatan antara PLUS de­ngan kerajaan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh pelanjutan konsesi PLUS.

Katanya, penjimatan itu di­sebabkan kerajaan tidak akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS selepas tempoh konsesi dilanjutkan sehingga 2058.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan awal yang dikemukakan Mahdzir berkenaan pengambilalihan konsesi lebuh raya, Eddin Syazlee berkata, ia dijangka dibentangkan kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan pada pertengahan Disember ini.

“Kerajaan pada masa ini masih mengkaji dan meneliti pilihan-pilihan ke atas pengurusan lebuh raya bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung kerajaan dan pengguna lebuh raya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN