Hari tu berebut jawatan Perdana Menteri, sekarang sibuk cerita siapa nak jadi Timbalan Perdana Menteri pula. Time Covid-19 ni makin menjadi-jadi pula Malaysian politicians ini.” – Itu satu hantaran dalam grup WhatsApp persatuan penduduk di kediaman saya. Kemudian seorang lagi menyampuk – “Anwar sudah tak ada nomborlah. Patut jawatan Perdana Menteri ini beri kepada dua orang, ikut syif. Satu syif pagi, satu syif malam.” Dan seorang dua lagi menyambung cerita…