KUALA LUMPUR: Hari ini menjadi penentuan sama ada Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan atau sebaliknya. Belanjawan yang akan diputuskan menerusi undi belah bahagian itu bakal memperlihatkan apa akan berlaku kepada kerajaan PN selepas ini, atau meneruskan agenda yang telah dirancang untuk mendepani cabaran 2021 melawan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara. Jika mengikut sistem Parlimen Westminster, sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia jelas menjatuhkan sesebuah kerajaan…