Dikuarantin, sebak tak dapat hadir pernikahan anak - Utusan Malaysia

Dikuarantin, sebak tak dapat hadir pernikahan anak

MOHAMMAD Faiz Izzuddin Zulkarnain bersama Nur Shazlin Khairul selepas majlis pernikahan mereka di Ipoh, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sepasang suami isteri sebak apabila tidak dapat menghadiri majlis pernikahan anak lelaki mereka semalam kerana menjalani perintah kuarantin Covid-19 di rumah.

Zulkarnain Saidin, 53, dan isteri, Harita Ahmad Salleh, 52, diperintah menjalani kuarantin kerana merupakan kontak rapat pesakit Covid-19 iaitu anak sulung mereka, Muhammad Syafiq Rafiuddin, 27.

Menurut Zulkarnain, keada­an itu menyebabkan dia dan isteri tidak dapat menyaksikan pernikahan anaknya, Mohammad Faiz Izzuddin, 25, dan pasangannya Nur Shazlin Khairul, 26, di Pejabat Agama Islam Da­erah Ipoh di sini.

“Ibu bapa mana yang tidak sebak apabila tidak dapat hadir ke majlis akad nikah anak sendiri.

“Hari ini kami sepatutnya berkongsi kegembiraan me­raikan pernikahan anak kami, apatah lagi hari ini (semalam) juga hari jadi ke-17 anak bongsu kami, Nur Farizsha Sofea.

“Bagaimanapun kegembira­an bertukar sedih mengenangkan anak sulung kami yang ditahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam selepas disahkan positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Mohammad Faiz berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hanya membenarkan beberapa orang sahaja menyaksikan akad nikah dise­babkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD).

“Perasaan bercampur baur mengenangkan abang saya yang positif Covid-19, namun gembira dengan pernikahan yang telah lama dirancang.

“Majlis pernikahan hanya dihadiri 12 orang terdiri ahli keluarga terdekat isteri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN