Covid-19: Negeri Sembilan catat 318 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Negeri Sembilan catat 318 kes

ANGGOTA pasukan keselamatan memasang pagar kawat duri di kuaters wadar dan bangunan penjara Seremban, semalam ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 7 Disember ini. – UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Negeri Sembilan mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 318 kes mengatasi Sabah 293 kes dan Selangor sebanyak 115 kes.

Peningkatan kes di negeri itu dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti sebanyak 301 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif terbaharu yang dicatatkan adalah 970 kes dengan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 59,817 kes manakala jumlah aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 12,971 kes.

Katanya, terdapat 110 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan dan empat kematian.

“Bagi peningkatan kes baharu terutama di Negeri Sembilan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Reman (1 kes).

“Sebanyak 169 kluster masih aktif tetapi 40 kluster wujud pertambahan kes. Pertambahan kes baharu tertinggi hari ini (semalam) adalah Kluster Bakti (301 kes), Kluster D’Bajaru (56 kes) dan Kluster Pengkalan Barat (40 kes),” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengenai pertambahan lima kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, Kluster D’Bajaru di Lahad Datu, Sabah yang mana 90 kes positif manakala Kluster Gangsa di Kuala Langat, Selangor, sebanyak 30 kes membabitkan satu warganegara dan 29 bukan warganegara.

“Kluster Batu Tujuh di Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) melibatkan 13 kes positif.

“Kluster Tanjung Bunga di Johor Bahru juga kes SARI dengan 11 kes positif manakala Kluster Kerengge di Marang, Terengganu, enam kes,” katanya.

Tambahnya, tiga kluster diisytiharkan tamat semalam iaitu Kluster Idaman, Kluster Bayu dan Kluster Bah Kota. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN