SEREMBAN: Peniaga-peniaga di kawasan Putra Point dekat sini mendakwa perniagaan mereka terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di tiga blok bangunan di kawasan tersebut. Malah tinjauan Utusan Malaysia mendapati peniaga-peniaga akur kehadiran pelanggan merosot. Peniaga kedai runcit, Nurul Asmaa’ Ramli, 30, berkata, sejak pagi bilangan pelanggan boleh dikira dan ia berikutan premis kedainya berhampiran kawasan yang dilaksanakan PKPD. “Dari pagi tadi hanya beberapa orang pelanggan sahaja yang…










