GEORGE TOWN: Lebih 20 penduduk Kampung Jalan Tanjung Tokong di sini menyuarakan kebimbangan berhubung projek pembinaan rumah bandar empat tingkat di cerun bukit belakang kediaman mereka, semalam. Mereka berkumpul secara aman pukul 11.30 pagi bagi membantah projek itu dengan membawa beberapa kadbod tertera Nyawa Penduduk Tidak Berharga Bagi Pemaju, Tolong Selamatkan Kampung Kami, serta Pemaju Rakus dan Zalim. Seorang penduduk, Abdul Wahab Osman, 70, berkata, dia membantah keras pembinaan rumah…









