ALOR SETAR: Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kubang Pasu dekat sini dijatuhi hukuman penjara 20 bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku salah atas empat pertuduhan tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadapnya, Julai lalu. Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah di hadapan Majistret Hadi Hakimi Harun selepas pertuduhan tersebut dibacakan di pekarangan sebuah wad di Hospital Alor Setar di sini pada pukul 10…









