PDRM ‘larang’ anggota main TikTok - Utusan Malaysia

PDRM ‘larang’ anggota main TikTok

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat, baik orang awam mahupun anggota kese­lamatan negara ini.

Dalam keterujaan mengguna­kan aplikasi tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan warganya agar tidak terlibat da­lam penyalahgunaan media so­sial seperti aplikasi TikTok de­ngan membuat hantaran mem­pamerkan aksi-aksi berpakaian seragam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mene­gaskan adalah tidak sopan bagi mana-mana pegawai atau anggota berpakaian seragam polis melakukan aksi-aksi tarian sede­mikian kemudiannya membuat sebaran melalui aplikasi itu kerana perbuatan itu boleh mem­burukkan imej PDRM.

“Mana-mana pegawai atau anggota yang menggunakan pakaian seragam polis untuk tujuan persembahan pentas untuk tontonan awam sepatutnya perlu mendapatkan kelulusan pihak pengurusan terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya pakaian seragam polis disalahgunakan untuk tujuan peribadi.

“Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, dua arahan telah dikeluarkan oleh PDRM berhubung perkara itu iaitu pada Mei 2014 dan April tahun lalu.

Kata beliau, tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana warga polis yang menyalahgunakan media sosial seperti TikTok untuk menyebarkan aksi mereka bercakap mengenai perkara tidak berasas atau melakukan aksi tarian atau nyanyian melalui aplikasi itu dengan tujuan menarik perhatian umum.

Zamri menegaskan, semua pegawai dan anggota polis diminta mematuhi arahan-arahan tersebut dan segera berhenti memuat naik video-video mereka berpakai­an seragam di laman-laman sosial seperti YouTube, Whats­App dan lain-lain peranti untuk tontonan warganet.

“Perkara ini hendaklah dihentikan serta-merta kerana aksi tersebut akan mengundang kritikan negatif, sinis dan tidak menggambarkan perwatakan sebenar pegawai polis yang sepatutnya ditonjolkan mereka.

“Pakaian seragam adalah kebanggaan institusi dan keutuhannya perlu dipertahankan. Sepatutnya pakaian sera­gam digunakan sebaik mungkin sebagaimana peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.

Tegas Zamri, PDRM tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka yang didapati meneruskan tindakan tidak wajar tersebut walaupun peringatan dan amaran berulang kali diberikan.

Sejak kebelakangan ini, tular pelbagai video aksi anggota polis dalam aplikasi Tiktok.

Ada segelintir daripada mereka dilihat membuat aksi tarian dengan berpakaian seragam di premis-premis dan pejabat polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN