PUTRAJAYA: Satu lagi kluster baharu, Kluster Muda dikesan melibatkan daerah Kuala Muda, Kedah, sekali gus menjadikan penambahan 20 kes baharu semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama melibatkan kluster itu iaitu kes ke-9,114 merupakan seorang lelaki rakyat tempatan yang merupakan anggota polis. Katanya, sementara kes yang dilaporkan semalam (kes ke-9,147) pula merupakan rakan sekerja kepada kes indeks. “Susulan itu, aktiviti pengesanan kes secara aktif dan…









