KUALA LUMPUR: Empat warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun antara 2018 dan 2019. Mangsa merupakan kanak-kanak yang sama dilacurkan oleh bapa kandungnya sendiri. Bapa itu akan dijatuhi hukuman hari ini. Mengikut pertuduhan, warga Pakistan, Muhammad Haque Anwar Ul, 34, dan Yousaf Gul, 35, serta warga Bangladesh Md. Suhag Hosan, 33, didakwa merogol kanak-kanak tersebut…









