Rakyat Sabah memilih - Utusan Malaysia

Rakyat Sabah memilih

Shafie Apdal ketika mengumumkan pembubaran DUN Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perebutan kuasa menerajui Sabah berakhir selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengembalikan hak memilih kerajaan baharu ke ­tangan rakyat.
Pergolakan politik di Sabah tercetus selepas bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berhak menerajui kerajaan baharu.
Mohd. Shafie pagi semalam bertindak bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi memperakukan permohonan pembubaran kerajaan serta membuka jalan kepada pilihan raya negeri lebih awal dari tempoh lima tahun.

Ini adalah pilihan raya ne-geri pertama sejak kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018. Pergolakan sama te-lah berlaku di beberapa negeri seperti Johor dan Perak selepas kerajaan PH tumbang Mac lalu.

“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah).

“Perakuan ini bagi memboleh­kan pilihan raya negeri diken-dalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari.

“Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu,” kata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) semalam.

Sehingga lewat petang semalam SPR masih menunggu perakuan pembubaran DUN Sabah. Mohd. Shafie Apdal sebelum ini mendakwa mendapat sokongan 45 ADUN.

Mohd. Shafie dilaporkan berjumpa Juhar pada malam kelmarin selepas Musa mengumumkan mempunyai majoriti mudah selepas beberapa termasuk dari PKR dan DAP bertindak menyokong Musa.

Media melaporkan Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah gagal bertemu Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi mengelak pilihan raya negeri.

Berdasarkan daftar pemilih 2018, terdapat 1,117,337 pengundi Sabah dengan 60 kawasan DUN yang dipertandingkan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu menyelesaikan kemelut politik di Sabah.

Katanya, walaupun usaha membentuk kerajaan negeri baharu di bawah Musa gagal, UMNO melihat ia merupakan cara terbaik menyelesaikan kemelut itu.

“Untuk rakyat menentukan dalam bentuk mandat baharu yang akan diberikan. Namun, saya mengharapkan agar apa yang sedang berlaku di Sabah harus menjadi iktibar kepada negeri lain.

“Beberapa insiden yang ber-kenaan tidak memihak kepada rakyat. Seharusnya rakyat diberi keutamaan dalam sebarang penyelesaian ketidakstabilan sesebuah kerajaan di peringkat negeri apatah lagi di peringkat Pusat,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Lewat petang semalam Musa menunjukkan gambar 33 ADUN yang bersama beliau bagi me-ngukuhkan dakwaan dia layak membentuk kerajaan negeri.

Beliau juga telah menyampaikan kepada Juhar 33 surat akuan berkanun yang mengesahkan ADUN-ADUN dan melafazkan sokongan kepadanya sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk me-nubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.

“Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan suci hati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepen­tingan ke­semua rakyat negeri ini,” katanya yang tidak terkejut dengan tindakan membubarkan DUN.

Majoriti kecil di banyak ne-geri termasuk di peringkat kerajaan pusat telah menyebabkan ke­adaan tidak selesa kepada negara. Kerapuhan kerajaan yang memerintah mendorong ADUN dan ahli parlimen melompat parti.

Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Zaid Ahmad berkata, keadaan politik semasa menyebabkan kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat.

Malah katanya, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan hubungan dingin UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) merupakan petunjuk jelas kepada kemelut tersebut.

“Tuntutan untuk pilihan raya memang sudah lama, cuma idea itu tertangguh kerana terdapat rundingan politik.

“Sekiranya kerajaan sekarang tidak dapat bertahan, memang tiada pilihan lain selain PRU,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Profesor Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain dari UPM juga berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat selaras dengan aspirasi demokrasi.

“Kita tunggu perkemba­ngan di Sabah, mungkin selepas itu akan dituruti pula dengan pilihan raya umum. Namun, langkah tersebut adalah pilihan terakhir.

“Jika tiada kompromi gabu­ngan parti-parti, maka pilihan raya adalah jalan terakhir di mana rakyat perlu diberikan semula mandat memilih kerajaan yang mereka perlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya