![]() |
Inisiatif ini akan membantu organisasi sektor awam beralih daripada projek perintis kepada penggunaan aplikasi AI berdaulat yang sedia untuk operasi kritikal
SINGAPURA, 4 Nov 2026 /PRNewswire/ — Cohere, penyedia terkemuka AI berdaulat untuk industri yang dikawal selia dan kerajaan, hari ini mengumumkan penubuhan Defence AI Accelerator di Singapura, yang direka untuk membantu organisasi pertahanan dan pelanggan lain yang mengutamakan kedaulatan AI beralih dengan pantas daripada fasa percubaan AI kepada pelaksanaan operasi dalam persekitaran yang mempunyai tahap keselamatan tinggi.
Defence AI Accelerator akan berfungsi sebagai hab khusus bagi inovasi AI yang berfokuskan pertahanan, dengan menawarkan kerjasama secara langsung, kepakaran teknikal dan khidmat nasihat kejuruteraan untuk menyokong keseluruhan proses daripada pembuktian konsep hingga pembangunan sistem yang sedia digunakan dalam operasi sebenar. Berbeza daripada pameran teknologi konvensional, program pemecut ini dibangunkan dengan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan praktikal: membolehkan pelanggan yang mengutamakan kedaulatan AI menguji model AI Cohere dan platform AI berautonominya, North, dalam persekitaran sebenar serta memperluas penggunaan penyelesaian yang terbukti berkesan ke dalam infrastruktur operasi.
Pengumuman ini merupakan sebahagian daripada rancangan Cohere untuk meningkatkan kehadirannya di rantau ini kepada empat kali ganda menjelang akhir 2027 melalui pelaburan baharu, kerjasama tempatan dan pembukaan pejabat tambahan di seluruh Asia Pasifik. Defence AI Accelerator akan menyokong matlamat syarikat untuk memperluas sokongan kepada sektor awam di Singapura, memperkukuh kerjasama dengan institusi sektor awam serta mengukuhkan kedudukannya sebagai platform yang sedia digunakan oleh perusahaan yang menetapkan piawaian tertinggi dalam aspek privasi, keselamatan dan ketelusan.
"Di seluruh rantau ini, kerajaan dan perusahaan kini beralih daripada fasa percubaan dan mencari rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu mereka melaksanakan AI berautonomi dalam persekitaran operasi yang selamat," kata Andrew Chang, Naib Presiden APAC, Cohere. "Defence AI Accelerator menggabungkan platform AI berdaulat, kepakaran kejuruteraan dan pengalaman pelaksanaan Cohere bagi membantu pelanggan membangunkan, menguji dan memperluas sistem AI yang memenuhi piawaian tertinggi dalam aspek keselamatan, tadbir urus dan kebolehpercayaan operasi."
Platform Cohere membolehkan pelanggan yang mengutamakan kedaulatan AI mengekalkan kawalan sepenuhnya terhadap data dan infrastruktur AI mereka, dengan sokongan untuk pelaksanaan di premis, dalam persekitaran terasing daripada rangkaian (air-gapped) dan persekitaran hibrid yang sesuai untuk operasi kritikal yang melibatkan maklumat amat sensitif. Program pemecut ini akan memanfaatkan platform North bertaraf perusahaan milik Cohere, yang telah membuktikan keupayaannya untuk beroperasi dengan selamat dalam persekitaran yang memerlukan tahap keselamatan tinggi melalui pelaksanaan yang berjaya di beberapa organisasi yang dikawal selia di Singapura.
Sebagai sebahagian daripada program pemecut ini, peserta akan mendapat akses kepada teknologi, kepakaran dan sokongan pelaksanaan yang diperlukan untuk mengoperasikan AI secara selamat pada skala besar, termasuk:
- Kerjasama secara langsung dengan jurutera Cohere untuk membawa projek AI daripada peringkat pembuktian konsep kepada penggunaan dalam operasi sebenar
- Persekitaran yang selamat untuk membangunkan, menguji dan mengesahkan aplikasi AI bagi kegunaan yang kritikal kepada misi
- Sokongan penyepaduan dengan sistem, aliran kerja dan persekitaran operasi sedia ada
- Pilihan pelaksanaan yang fleksibel merangkumi infrastruktur di premis, hibrid dan persekitaran terasing daripada rangkaian (air-gapped)
- Rangka kerja tadbir urus dan kawalan pentadbiran untuk mengurus sistem AI secara selamat dan bertanggungjawab
- Akses kepada model AI bertaraf perusahaan dan platform North yang direka untuk beban kerja berkeutamaan tinggi serta pelaksanaan berskala besar
Pelancaran Defence AI Accelerator berlangsung ketika pelaburan dalam AI berdaulat di seluruh APAC mencapai paras tertinggi pernah direkodkan: IDC menjangkakan bahawa 80% perusahaan di APAC akan mengutamakan kedaulatan AI bagi beban kerja yang kritikal kepada misi, apabila AI berdaulat menjadi keutamaan pelaburan kedua tertinggi kerajaan di rantau ini.
Maklumat tentang Cohere
Cohere, yang ditubuhkan pada tahun 2019, ialah penyedia terkemuka AI berdaulat untuk industri yang dikawal selia dan kerajaan, yang membolehkan organisasi memiliki, mengendalikan dan mentadbir sistem AI mereka dengan kawalan yang lebih menyeluruh terhadap data, infrastruktur dan pelaksanaan sistem tersebut. Platform semua dalam satu kami menawarkan tahap keselamatan dan privasi yang maksimum serta fleksibiliti pelaksanaan yang tinggi merentasi persekitaran awan awam dan persendirian, persekitaran di premis serta persekitaran yang terasing sepenuhnya daripada rangkaian (air-gapped). Beribu pejabat di Toronto, Cohere turut beroperasi di San Francisco, London, New York, Berlin, Montreal, Ottawa, Singapura, Paris, Tokyo, Emiriah Arab Bersatu dan Seoul, serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari cohere.com.
Hubungan Media: Cohere, Amanda Taggart, Naib Presiden, Komunikasi, [email protected]
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5087459_MS87459_6












