39 Syarikat Baharu Menyertai Senarai 2026 Fortune Best Companies to Work For Southeast Asia - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

39 Syarikat Baharu Menyertai Senarai 2026 Fortune Best Companies to Work For Southeast Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hampir dua daripada setiap lima syarikat dalam senarai tahun ini merupakan peserta kali pertama.
DHL Group kekal di No. 1.

SINGAPURA, 4 Nov 2026 /PRNewswire/ — Fortune dan Great Place To Work hari ini mengumumkan senarai 2026 Fortune Best Companies to Work For Southeast Asia. Senarai tahun ini mencatatkan perubahan terbesar dari segi komposisi syarikat setakat ini, dengan 39 daripada 100 syarikat tersenarai buat kali pertama.

Beberapa syarikat baharu berjaya meraih kedudukan teratas dalam senarai tersebut. Golden Arches Development (McDonald’s Philippines) buat julung kalinya tersenarai di No. 7, manakala McThai, sebuah lagi pengendali McDonald’s, memasuki senarai di No. 11. Secara keseluruhan, 16 syarikat yang pertama kali tersenarai berjaya menduduki 50 kedudukan teratas, termasuk FedEx (No. 24), Sunway Group (No. 26), VitaDairy Vietnam (No. 27), FWD Vietnam Life Insurance (No. 28), JustCo (No. 30), Booking Holdings (No. 37) dan United Overseas Bank (No. 39).

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat yang baharu tersenarai merangkumi syarikat multinasional global seperti American Express, MSD, Abbott, Cargill, Takeda Pharmaceuticals dan Cardinal Health, serta syarikat serantau yang berkembang pesat seperti VNG, F88 dan Van Lang University. Vietnam dan Filipina menyumbang sebahagian besar syarikat yang baharu tersenarai. Sebanyak 12 syarikat baharu hanya menerima pensijilan di Filipina, manakala sembilan lagi hanya menerima pensijilan di Vietnam.

Syarikat yang kembali tersenarai turut mencatatkan lonjakan kedudukan yang ketara. Hilti melonjak 73 anak tangga ke No.14, Coca-Cola meningkat 72 anak tangga ke No. 20, manakala Megaworld naik 68 anak tangga ke No. 22. Dalam kelompok 10 teratas, Allianz meningkat 30 anak tangga ke No. 10, manakala Schneider Electric melonjak 21 anak tangga ke No. 6.

DHL Group menduduki No. 1 buat tahun kedua berturut-turut. DHL Group merupakan satu-satunya syarikat dalam senarai tersebut yang menerima pensijilan di kesemua sepuluh pasaran Asia Tenggara.

  1. DHL Group
  2. Hilton Worldwide Holdings
  3. Marriott International
  4. Cisco Systems
  5. Capella Hotel Group
  6. Schneider Electric
  7. Golden Arches Development (McDonald’s Philippines)
  8. AbbVie
  9. Vinmec Healthcare System
  10. Allianz

Senarai penuh boleh didapati di Fortune.com/asia.

Maklumat Tentang Fortune:
Fortune ialah syarikat media global terkemuka untuk pemimpin perniagaan dunia, dibina berasaskan legasi kewartawanan yang dipercayai dan memenangi pelbagai anugerah selama 96 tahun. Dimiliki secara bebas, Fortune membawakan kisah dunia perniagaan yang merangkumi syarikat-syarikat legasi serta generasi baharu inovator global. Fortune mengukur prestasi korporat melalui penanda aras yang ketat dan memastikan syarikat bertanggungjawab terhadap prestasi mereka di seluruh dunia. Antara penarafan ikonik yang diterbitkan oleh Fortune ialah Fortune 500, Fortune Global 500, Wanita paling Berkuasa dan Syarikat paling Dikagumi di Dunia. Fortune turut membina komuniti bertaraf dunia dengan menghimpunkan pemimpin pemikiran industri melalui sidang kemuncak dan persidangan eksklusif, termasuk Forum Global Fortune, Fortune Brainstorm Tech dan Wanita Paling Berkuasa Fortune. Untuk maklumat lanjut, sila layari fortune.com.

Hubungan media
Charmian Choo
Pengurus Kanan, Senarai Asia, Fortune
[email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5086930_MS86930_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI