CSL lantik Deborah Waterhouse sebagai Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

CSL lantik Deborah Waterhouse sebagai Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, Australia, 22 Oktober 2026 /PRNewswire/ — Lembaga Pengarah CSL Limited (ASX:CSL; USOTC:CSLLY) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melantik Deborah Waterhouse sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan CSL bermula pada 1 Februari 2027. Pelantikan tersebut dibuat susulan proses pencarian calon global menyeluruh yang dijalankan oleh Lembaga Pengarah CSL.

Cik Waterhouse ialah seorang pemimpin komersial yang terbukti berwibawa, dengan pengalaman selama lebih 25 tahun mengurus syarikat farmaseutikal khusus global yang kompleks di A.S., U.K., benua Eropah dan Australia. 

Sejak 2017, Cik Waterhouse telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ViiV Healthcare, sebuah usaha sama yang majoriti sahamnya dimiliki oleh GSK, dengan Shionogi sebagai pemegang saham. ViiV ialah pakar terkemuka dalam bidang HIV dan mencatatkan jualan sebanyak £7.7 bilion pada tahun kewangan 2025 GSK[i]. Selain itu, Cik Waterhouse juga berkhidmat sebagai Presiden GSK Global Health.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Cik Waterhouse pernah memimpin perniagaan vaksin A.S. dan perniagaan Rawatan Asas A.S. GSK, selain pernah menyandang beberapa jawatan eksekutif kanan lain, termasuk Pengurus Besar GSK bagi Australia dan New Zealand antara 2008 dan 2012.

Pengerusi CSL, Dr Brian McNamee berkata, "Pada Februari tahun ini, kami menyatakan bahawa ketua eksekutif CSL yang seterusnya perlu mempunyai keupayaan untuk meneruskan momentum prestasi komersial kami, memperbaharui rangkaian proses jualan kami dan mempermudah operasi tanpa mengorbankan asas sains serta matlamat yang telah membangunkan syarikat yang hebat ini. Deborah telah melakukan semua perkara itu dalam pelbagai keadaan. Deborah ialah seorang pemimpin global yang cemerlang dengan keupayaan terbukti untuk mengembangkan perniagaan yang kompleks."

"Beliau telah mengembangkan sebuah perniagaan biofarmaseutikal berfokus dan memperbaharui francais di ViiV dengan memacu pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubatan generasi akan datang bagi menyokong pesakit. Beliau memahami Amerika Syarikat, memahami Australia serta mengetahui cara untuk membangunkan rangkaian proses jualan produk dan mengurus kerjasama. Sebagai seorang eksekutif bertaraf dunia yang berpandukan matlamat, beliau merupakan individu yang tepat untuk memimpin CSL dalam fasa pertumbuhan seterusnya. Keputusan Lembaga Pengarah untuk melantik Deborah dibuat secara sebulat suara."

Cik Waterhouse berkata, "CSL merupakan salah sebuah syarikat yang hebat dalam industri kami dan saya telah menyaksikan sendiri kepentingannya kepada Australia ketika saya tinggal dan bekerja di Melbourne. Warga kerjanya menyelamatkan nyawa setiap hari, daripada kakitangan yang mengumpul plasma di pusat derma hinggalah saintis dan pengendali yang membangunkan serta menghasilkan ubat-ubatan dan vaksin. Asas syarikat ini kukuh. Tugas saya adalah untuk meneruskan momentum tersebut dan mengembangkan hala tuju menjadi pertumbuhan yang boleh dipercayai demi pesakit dan pemegang saham."

Cik Waterhouse akan mengekalkan pusat operasinya di U.K. Beliau akan meluangkan banyak masa di Australia, A.S. serta pasaran utama dan pusat operasi CSL. Gordon Naylor akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Interim sehingga 1 Februari 2027. Beliau akan melaksanakan proses peralihan jawatan yang sewajarnya bersama Cik Waterhouse sebelum kembali menyandang jawatannya dalam Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Biografi Cik Waterhouse disertakan dalam Lampiran 1.

Komponen utama dalam kontrak pekerjaan Cik Waterhouse, termasuk struktur imbuhannya yang berkuat kuasa mulai 1 Februari 2027 dinyatakan dalam Lampiran 2.

Diluluskan untuk penyerahan oleh:

Fiona Mead
Setiausaha Syarikat

 
Hubungan Pelabur

 
Hubungan Media

Michelle Rees

T: +61 410 600 745
E: [email protected] 

Brett Foley

T: +61 461 464 708
E: [email protected] 

CSL Limited | ABN 99 051 588 348 | 655 Elizabeth Street, Melbourne VIC 3000

 

Lampiran 1: 
Ringkasan Kerjaya Cik Waterhouse

Ringkasan Kerjaya GSK

Tempoh

Jawatan

2017 – Kini

Ketua Pegawai Eksekutif ViiV Healthcare dan Presiden GSK Global Health

2015 – 2017

Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Rawatan Asas AS

2013 – 2015 

Naib Presiden Kanan Unit Perniagaan Vaksin AS

2012 – 2013

Naib Presiden Kanan Eropah Tengah dan Timur

2008 – 2012

Naib Presiden Pengurus Besar Australia dan New Zealand

2008

Naib Presiden Sumber Manusia Eropah 

2004 – 2007

Ketua Unit Perniagaan HIV UK dan Ketua HIV Eropah

1999 – 2004

Ketua Pengkomersialan Global

1996 – 1999

Pelbagai jawatan dalam Jualan dan Pemasaran dengan peningkatan tahap kekananan di GSK UK

Pelantikan dalam Lembaga Pengarah

Tempoh

Jawatan

2017 – Kini  

Ahli Lembaga Pengarah ViiV Healthcare

2019 – 2025  

Pengarah Bukan Eksekutif Schroders: Ahli Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Audit dan Risiko, Imbuhan dan Pencalonan

Julai 2026 – Kini

Pengarah Bukan Eksekutif, Reckitt

Lampiran 2:
Terma-terma Pekerjaan Utama Cik Waterhouse


Terma Utama

Butiran

Tarikh
mula berkhidmat
 

1 Februari 2027.

Gaji pokok 

£1,500,000 setahun.

STI 

Pemberian pertama ialah STI bagi tahun kewangan 2027: 

  • 120% daripada Gaji Pokok pada tahap Sasaran dan 240% daripada Gaji Pokok pada tahap Maksimum (diproratakan dari Tarikh Mula Berkhidmat).
  • 30% akan ditangguhkan selama 2 tahun dalam bentuk pemberian ekuiti.
    Layak mengambil bahagian dalam pemberian STI pada masa hadapan tertakluk kepada terma-terma yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. 

LTI 

Pemberian pertama ialah LTI September 2027: 

  • 250% daripada Gaji Pokok pada tahap Sasaran dan 500% daripada Gaji Pokok pada tahap Maksimum.
  • Tempoh prestasi bermula pada 1 Julai 2027 hingga 30 Jun 2030 (dijadualkan untuk terletak hak pada 1 September 2030).
    Layak mengambil bahagian dalam pemberian LTI pada masa hadapan tertakluk kepada terma-terma yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Kelulusan pemegang saham akan dipohon bagi pemberian insentif ini selaras dengan pendekatan biasa CSL.  

Penggantian pemberian oleh GSK akan terbatal

  • Pemberian Unit Saham Terhad (RSU) bernilai £7.71 juta (tertakluk kepada pelarasan sebelum pemberian berdasarkan keputusan letak hak GSK yang seterusnya). Pemberian tersebut dijadualkan untuk terletak hak pada 1 Mac 2028, tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan. 

 

Pemberian tambahan bagi menangani jurang masa LTI 

  • Pemberian Unit Saham Prestasi (PSU) bernilai £1.65 juta yang terletak hak pada 1 September 2029, tertakluk kepada syarat-syarat letak hak TSR yang sama seperti yang ditetapkan dalam pemberian LTI CSL bertarikh 1 September 2026 serta syarat-syarat perkhidmatan (termasuk sekatan pegangan selama 12 bulan selepas tempoh letak hak).
  • Dirangka untuk mengambil kira jurang masa yang panjang akibat perpindahan beliau, iaitu antara pemberian tahunan yang diterima di GSK dengan pemberian CSL tahunan pertama yang dijadualkan bakal diterimanya pada Oktober 2027. 

 

Pencen 

  • Aturan yang sejajar dengan tenaga kerja UK. Disebabkan peraturan percukaian, Ketua Pegawai Eksekutif dijangka akan menerima elaun tunai bersamaan 10% daripada gaji pokok, ditolak kadar semasa caruman insurans nasional majikan sebagai ganti caruman pencen majikan. 

 

Manfaat 

  • Manfaat UK standard – termasuk insurans perubatan swasta, insurans nyawa 6 kali ganda gaji dan insurans perlindungan pendapatan. 

 

Tempoh notis 

  • Notis 12 bulan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau CSL. 
  • Peruntukan lazim cuti ujana, penamatan serta-merta dan bayaran sebagai ganti notis. 

 

Waad penyekat (semasa 
berkhidmat di CSL)
 

  • Dilarang daripada terlibat dalam perniagaan CSL Seqirus sehingga 31 Mac 2027 disebabkan pekerjaan terdahulu dalam perniagaan yang bersaing. 

 

Waad penyekat (selepas
meninggalkan CSL)
 

  • Larangan bersaing selama 6 bulan selepas penamatan kontrak kerja. 
  • Larangan selama 12 bulan selepas penamatan kontrak kerja untuk tidak memujuk / berniaga dengan pelanggan, tidak mengganggu pembekal, dan tidak mengambil pekerja utama.
  • Tempoh sekatan dikurangkan berdasarkan mana-mana tempoh yang dihabiskan dalam cuti ujana. 

 

Aturan cukai 

  • Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab terhadap cukai UK.
  • CSL bertanggungjawab terhadap cukai di luar UK.

 

Lain-lain 

  • Dasar Pegangan Sekuriti Minimum CSL terpakai – 300% daripada Gaji Pokok untuk Ketua Pegawai Eksekutif. 

 

[i] Menurut akaun tahun kewangan 2025 GSK

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5077512_MS77512_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI