Sceye dan SoftBank Corp. Menyempurnakan Demonstrasi Ketersambungan Stratosfera di Jepun, Memajukan Ke Arah Pengkomersialan HAPS - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Sceye dan SoftBank Corp. Menyempurnakan Demonstrasi Ketersambungan Stratosfera di Jepun, Memajukan Ke Arah Pengkomersialan HAPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Misi pertama Program Ujian Perkhidmatan Sceye bergerak lebih daripada 15,000 km dari New Mexico ke Jepun dalam stratosfera, hala balik ke rangkaian teras SoftBank Corp., mengesahkan keupayaan Terus ke Peranti dan pengkomputeran pinggir, serta komunikasi berasaskan HAPS dengan dron.

TOKYO, 3 September 2026 /PRNewswire/ — Sceye, syarikat aeroangkasa dan sains bahan Amerika Syarikat dengan kepakaran dalam Sistem Platform Altitud Tinggi (HAPS) untuk telekomunikasi dan pemantauan alam sekitar masa nyata, pada hari ini mengumumkan kejayaan penerbangan Rentas Pasifik misi Ujian Perkhidmatan 1 (ST1) syarikat dari New Mexico ke Jepun. Menjelajah lebih daripada 15,000 km melalui stratosfera dalam masa 13 hari, semasa tiba di Jepun, ST1 mempamerkan ketersambungan jalur lebar mudah alih ke peranti yang tidak diubah suai melalui rangkaian teras SoftBank Corp. dan pengkomputeran pinggir dan komunikasi berasaskan HAPS dengan dron untuk menyokong pembangunan rangkaian komunikasi 3D.

Dikendalikan dengan kerjasama SoftBank Corp. (TOKYO:9434, "SoftBank"), pengendali perniagaan telekomunikasi dan IT terkemuka di Jepun dan pada peringkat global, ST1 menandakan penerbangan pertama Sceye ke Asia dan menjadi pencapaian rintisan ke arah penempatan komersial HAPS sebagai infrastruktur stratosfera.

"Penerbangan ini menandakan detik penentuan bagi Sceye dan potensi komersial HAPS," kata Mikkel Vestergaard Frandsen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sceye. "Penerbangan dari Amerika Syarikat ke Jepun mempamerkan prestasi yang dikehendaki untuk menjadikan stratosfera sebagai lapisan infrastruktur yang berdaya maju dan merealisasikan masa depan AI, pengkomputeran pinggir dan 6G. Bersama-sama dengan SoftBank, kami bergerak melangkaui pembuktian teknologi bertujuan mempamerkan sejauh mana Sceye dapat melengkapi dan memperluas rangkaian sedia ada dan menyampaikan ketersambungan berterusan pada skala yang besar."

Stratosfera menawarkan sudut pandangan yang optimum: Ini cukup dekat dengan Bumi untuk ketersambungan dan pemerhatian berkapasiti tinggi, namun altitud tersebut cukup tinggi untuk jangkauan kawasan luas. Lebih penting lagi, stratosfera menawarkan keadaan seperti berada di angkasa lepas tanpa kos dan keburukan semasa berada di orbit. HAPS Sceye mengekalkan altitud dan kawasan operasi syarikat di stratosfera melalui kitaran siang dan malam secara berturut-turut, beroperasi seperti satelit geopegun, hanya 1,800 kali lebih dekat ke Bumi dan dengan kos yang kecil.

Pada tahun 2025, SoftBank Corp. melabur dalam infrastruktur stratosfera berasaskan HAPS Sceye sebagai penyelesaian berskala besar untuk melengkapkan menara daratan dan sekumpulan satelit. Perkongsian strategik ini memajukan visi bersama untuk HAPS dan Rangkaian Bukan Daratan (NTN) sebagai infrastruktur transformatif yang dapat memperluas ketersambungan, menyokong komunikasi semasa bencana berlaku dan membolehkan aplikasi masa depan merentasi AI, IoT, komunikasi udara, pengkomputeran pinggir dan 6G.

ST1 membawa SceyeCELL, "menara selular di langit" yang pertama seumpamanya direka bentuk untuk menyampaikan jalur lebar mudah alih kawasan luas secara langsung ke peranti standard dari stratosfera. Apabila ditempatkan pada skala penuh, satu HAPS Sceye direka bentuk untuk meliputi kawasan yang setara iaitu kira-kira 500 menara daratan. Semasa misi ST1, Sceye dan SoftBank mempamerkan jalur lebar mudah alih dari stratosfera, termasuk pemesejan teks, panggilan suara, akses internet dan penstriman video. Pengujian juga merangkumi panggilan kecemasan, menggunakan sistem pemesejan makluman kecemasan yang direka bentuk untuk bencana berskala besar dan komunikasi dengan dron.

Misi ST1 Sceye dilancarkan pada 9 Ogos 2026 dari, 7:00 pagi MDT dari New Mexico. Atribut misi penting tambahan merangkumi:

  • Bergerak lebih daripada 15,000 km merentasi Pasifik ke Jepun dalam masa 13 hari
  • Beroperasi dalam ruang udara yang diuruskan oleh Jepun selama lebih daripada 7 hari
  • Kekal secara berterusan dalam kawasan operasinya untuk tempoh yang panjang, mencapai radius pencarian stesen serendah 5 km
  • Beroperasi pada altitud kira-kira 16.5 km semasa menyempurnakan telekomunikasi, dron dan komunikasi kecemasan
  • Prestasi komunikasi yang disahkan setara dengan rangkaian daratan di samping mengurangkan gangguan radio dengan stesen pangkalan berasaskan darat
  • Melalui pelayan yang dipasang pada HAPS, Sceye dan SoftBank mengendalikan pemprosesan data secara langsung di platform, mempamerkan purata masa respons pemprosesan pergi balik selama 68 milisaat, mengurangkan kependaman komunikasi sebanyak lebih 40% berbanding pemprosesan awan berasaskan internet. Ini menandakan kejayaan ujian pertama di dunia yang menyaksikan rangkaian teras mudah alih dan pelayan web untuk pemprosesan dipasang pada HAPS, membolehkan pemprosesan respons dilakukan sepenuhnya di atas HAPS dan hasilnya disampaikan kembali ke telefon pintar.

ST1 kekal dalam penerbangan, kembali ke arah Amerika Syarikat merentasi Lautan Pasifik pada masa pengumuman ini dibuat.

"SoftBank menyasar untuk membina infrastruktur komunikasi generasi akan datang yang menghubungkan tanah, langit dan ruang udara dengan lancar. Kenyataan bahawa HAPS Sceye telah tiba di Jepun dari Amerika Syarikat dan berjaya menyediakan perkhidmatan percubaan pertama Jepun dari stratosfera di ruang udara Jepun menandakan suatu langkah penting ke arah pengkomersialan HAPS, yang menjadi teras visi ini," kata Junichi Miyakawa, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Corp. "Dengan menggabungkan teknologi penerbangan dan operasi HAPS yang telah dibangunkan oleh Sceye bersama teknologi komunikasi SoftBank, kami telah berjaya memperoleh keyakinan untuk merealisasikan rangkaian komunikasi tiga dimensi menggunakan HAPS. Pada masa hadapan, dengan kerjasama Sceye, kami akan terus menyepadukan pelbagai teknologi, termasuk komunikasi dan AI, bertujuan membangunkan HAPS menjadi suatu bentuk infrastruktur sosial yang baharu."

Penerbangan ini dibina berasaskan Program Ketahanan Sceye, yang berjaya disempurnakan awal tahun ini, apabila pesawat SE2 HAPS melakukan penerbangan sejauh lebih daripada 10,000 km di stratosfera dari New Mexico ke bahagian pantai Brazil apabila pesawat berkenaan terus berada di kawasan operasi selama beberapa hari bagi menguji prestasi jangka panjang sebagai persediaan untuk Program Ujian Perkhidmatan, yang pertama terbang ke Jepun.

Maklumat Tentang Sceye
Ditubuhkan pada tahun 2014, Sceye (disebut sebagai "sky") ialah syarikat aeroangkasa yang mengkhusus dalam memajukan teknologi stratosfera untuk menghubungkan manusia dan melindungi planet ini. Sceye menerajui industri Sistem Platform Altitud Tinggi (HAPS), yang memberikan tumpuan kepada ketersambungan sejagat, pemantauan iklim, pengurusan sumber semula jadi dan pencegahan bencana.

Butiran Hubungan: [email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5038716_MS38716_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×