SATO Memperkasa Sistem Pengurusan Bekalan Darah Generasi Baharu Singapura dengan Teknologi RFID yang Canggih - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

SATO Memperkasa Sistem Pengurusan Bekalan Darah Generasi Baharu Singapura dengan Teknologi RFID yang Canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA, 15 September 2026 /PRNewswire/ — SATO, pembekal global pengenalpastian automatik dan pengumpulan data, memainkan peranan penting dalam meningkatkan keselamatan dan keefisienan bekalan darah di Singapura yang menyokong pelaksanaan Sistem Pengurusan Bekalan Darah Generasi Baharu (NBSM) dengan Pengenalpastian Frekuensi Radio (RFID) yang canggih. Sistem ini kini beroperasi di "Blood Services Group, Health Sciences Authority (HSA)" dan semua makmal bank darah hospital awam dan hospital swasta bagi melancarkan pesanan darah secara dalam talian dan penjejakan automatik bagi semua komponen darah. Ini dapat memberikan HSA kebolehkesanan yang optimum bagi mengawal selia stok bekalan darah negara.


Inisiatif strategik oleh Blood Services Group HSA ini bertujuan memenuhi keperluan standard penjagaan kesihatan yang semakin meningkat sambil mendukung permintaan terhadap tahap keselamatan dan servis perkhidmatan kesihatan. Objektif utama pelaksanaan NBSM berdaya RFID ini adalah untuk:

  • Meningkatkan produktiviti di seluruh rantaian bekalan darah daripada HSA hingga ke hospital.
  • Meningkatkan kebolehkesanan paras bekalan darah negara bagi membolehkan pengurusan yang berkesan pada waktu keperluan indikasi klinikal yang biasa atau di waktu kecemasan.
  • Meningkatkan tahap keselamatan darah dan juga pesakit menerusi penjejakan serta kuarantin komponen darah yang lebih baik.
  • Memperkemas aliran kerja HSA dan memudahkan pesanan komponen darah untuk hospital, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi secara keseluruhan.

Projek NBSM telah dianugerahkan kepada CADI Scientific susulan tender terbuka oleh HSA, dengan SATO yang bertindak sebagai rakan teknologi yang menyediakan label dan pengimbas PJM RFID. SATO terkenal dengan kadar bacaan yang pantas, kebolehbacaan di luar jangkaan khususnya penjejakan cecair khususnya produk darah, lantaran teknologi RFID SATO menjadi asas kepada NBSM CADI.

Dengan gabungan kepakaran daripada semua rakan teknologi yang strategik, SATO, HSA dan CADI menyediakan servis yang lebih bersignifikasi dalam teknologi RFID, sistem perisian dan solusi pengurusan bekalan darah bagi memastikan rantaian bekalan darah negara Singapura sentiasa berada dalam keadaan selamat dan lebih terjamin.

Berlandaskan kepakarannya yang mendalam dalam sektor penjagaan kesihatan dan perkhidmatan darah, SATO amat berkomited untuk memacu kemajuan global dalam rantaian bekalan darah menerusi pencetakan label yang jitu, pengeluaran dan permohonan secara automatik, serta teknologi penjejakan PJM RFID yang mematuhi standard antarabangsa ISO 18000-3 Mode 2.

※Semua nama syarikat dan nama produk merupakan hak milik dan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar syarikat masing-masing.

Latar Belakang SATO
SATO (TOKYO:6287) mereka bentuk dan mengeluarkan perkakasan, label dan tag serta membangunkan sistem perisian untuk disepadukan dengan penawaran pihak ketiga sebagai penyelesaian pengenalpastian automatik. Penyelesaian ini memperkemas aliran kerja, mengupayakan pemerolehan dan visualisasi data untuk dunia terhubung dari segi produktiviti, keselamatan, keyakinan dan kemampanan. Dengan memberikan identiti digital kepada sesuatu objek, SATO membantu perniagaan dalam pelbagai sektor seperti peruncitan, pembuatan, pembekalan dan penyediaan makanan, penjagaan kesihatan serta pengangkutan dan logistik beroperasi dengan lancar. Ditubuhkan pada 1940, SATO beroperasi di 27 negara dengan tenaga kerja melebihi 6,000 orang. Bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2026, syarikat melaporkan hasil sebanyak 163,434 juta yen ($1.085 bilion*).
Maklumat lanjut mengenai SATO boleh didapati di www.sato-global.com.
*Berdasarkan purata kadar pertukaran mata wang asing 1 USD = 150.67 JPY

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5039127_MS39127_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×