Alat Bantuan Pendengaran ReSound Sensia™ Baharu Menonjolkan Suara yang Ingin Anda Dengar - Bukan Sekadar Suara Terkuat - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Alat Bantuan Pendengaran ReSound Sensia™ Baharu Menonjolkan Suara yang Ingin Anda Dengar – Bukan Sekadar Suara Terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pengesan automatik, tepat dan terbukti.

BALLERUP, Denmark, 10 Ogos 2026 /PRNewswire/ — GN, pemimpin global dalam teknologi pendengaran, mengumumkan ReSound Sensia™, siri baharu alat bantuan pendengaran premium yang dibina atas platform kecerdasan buatan baharu syarikat berkenaan. ReSound Sensia menggabungkan pengelas persekitaran paling tepat di dunia, pementuk alur 4-mikrofon termaju, serta pengurangan hingar Rangkaian Neural Mendalam (Deep Neural Network, DNN) untuk menonjolkan pertuturan yang mahu difokuskan oleh pengguna secara automatik. Gabungan teknologi berkuasa ini telah terbukti menangani masalah pendengaran di persekitaran bising menerusi ujian oleh institusi terkenal di dunia serta pengguna dalam senario dunia sebenar.

"Alat bantuan pendengaran yang menggunakan pengurangan hingar DNN mampu mengurangkan bunyi latar belakang, namun sebahagian besarnya berbuat demikian tanpa merujuk kepada apa yang sebenarnya ingin didengar oleh pendengar," kata Peter Justesen, Presiden Bahagian Pendengaran GN. "Praktikalnya, ini bermakna suara terkuat dalam persekitaran tersebut yang akan dikuatkan, walaupun ia selalunya bukan suara yang cuba diikuti oleh pengguna. ReSound Sensia menonjolkan pertuturan yang ingin difokuskan oleh pengguna. Ini direalisasikan menerusi platform AI baharu yang digabungkan dengan tiga teknologi terkemuka bagi bekerjasama dengan otak untuk memberikan kejelasan."

ReSound Sensia, alat bantuan pendengaran AI terkecil di dunia1 , dikuasakan oleh platform AI baharu GN dan memperkenalkan Intelligent All-Around, iaitu pendekatan inovatif dalam pemprosesan bunyi. Di teras ciri Intelligent All-Around, AcoustIQ™ mengelaskan persekitaran bunyi secara tepat dalam masa nyata, dengan ketepatan 88% lebih tinggi dalam pengelasan dan penglibatan ciri berbanding penyelesaian premium terdekat.2 Ini memastikan ciri-ciri diaktifkan pada saat ia diperlukan, sekali gus memastikan pengguna alat bantuan pendengaran menerima manfaat pendengaran terbesar dalam persekitaran berkenaan. AcoustIQ menguruskan teknologi pementuk alur 4-mikrofon terkemuka ReSound Sensia yang membolehkan pengguna fokus pada apa yang ingin didengar hanya dengan menghadap ke arah sumber pertuturan, berasaskan pendekatan penyahingaran DNN baharu yang membantu menonjolkan perbualan secara automatik.

"Kami mengambil pendekatan berpusatkan pengguna menerusi ReSound Sensia, dengan menerapkan pelbagai inovasi teknikal yang diuruskan oleh AcoustIQ untuk mengelaskan persekitaran pendengaran secara tepat dan mengaktifkan setiap ciri apabila pengguna mekehendakinya," tambah Laurel Christensen, Ph.D., Ketua Pegawai Audiologi di GN. "ReSound Sensia boleh diharap untuk mengaktifkan ciri-ciri yang paling meningkatkan pendengaran dalam keadaan bising apabila diperlukan, tanpa membuat keputusan bagi pihak pendengar tentang perkara yang perlu didengar. Bagi Profesional Penjagaan Kesihatan (HCP), penglibatan automatik ini menterjemahkan hasil prestasi praktikal kerana prestasi dalam persekitaran mencabar tidak lagi bergantung pada ingatan pesakit untuk menukar program."

Direka untuk Berfungsi dengan Pemproses Bunyi Cochlear™
GN turut memperkenalkan ReSound Sensia™ Bimodal dan ReSound Enzo™ IA Bimodal, yang direka untuk berfungsi dengan pemproses bunyi Cochlear® Nucleus® bagi menyokong prestasi bersepadu, keterhubungan yang stabil, serta pengalaman pendengaran bimodal yang lancar. Langkah terbaharu dalam kerjasama GN dengan Cochlear menerusi Smart Hearing Alliance ini mencerminkan komitmen bersama untuk menyediakan penyelesaian bimodal termaju.

Rangkaian ReSound Sensia dan siri setaraf Beltone Illuminate bakal ditawarkan di AS, Jerman dan Austria pada 20 Ogos, diikuti oleh pasaran lain dalam bulan-bulan berikutnya.

Baca pengumuman penuh di https://www.gn.com/Newsroom/News#!#2026%7CEnglish%7CPressRelease.

Rujukan

  1. Data hak milik GN dalam fail (2026)
  2. Groth & Cui (2026)

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5021974_MS21974_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×