![]() |
BROOMFIELD, Colorado, 4 Jun 2026 /PRNewswire/ — Quantinuum Inc. ("Quantinuum") hari ini mengumumkan penetapan harga bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang diperbesarkan melibatkan 28,000,000 saham biasa Kelas A pada harga tawaran kepada awam sebanyak $60.00 sesaham. Quantinuum turut memberikan kepada penaja jamin opsyen selama 30 hari untuk membeli sehingga tambahan 4,200,000 saham biasa Kelas A bagi menampung lebihan peruntukan pada harga tawaran awam permulaan, selepas ditolak diskaun dan komisen penajajaminan.
Saham biasa Kelas A tersebut dijangka mula diniagakan di Pasaran Global Nasdaq pada 4 Jun 2026 di bawah simbol ticker "QNT". Tawaran itu dijangka dimuktamadkan pada 5 Jun 2026, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim.
J.P. Morgan dan Morgan Stanley (mengikut susunan abjad) bertindak sebagai pengurus utama aktif penyelaras buku bersama bagi tawaran tersebut. Jefferies dan Evercore ISI turut bertindak sebagai pengurus aktif penyelaras buku. BofA Securities, UBS Investment Bank, Cantor, Mizuho, Needham & Company, Societe Generale dan TD Cowen bertindak sebagai pengurus penyelaras buku bersama, manakala Craig-Hallum dan Rosenblatt bertindak sebagai pengurus bersama bagi tawaran tersebut.
Penyata pendaftaran berkaitan tawaran ini telah diisytiharkan berkuat kuasa oleh Securities and Exchange Commission pada 3 Jun 2026. Tawaran ini hanya dibuat melalui prospektus. Salinan prospektus, apabila tersedia, boleh diperoleh daripada: J.P. Morgan Securities LLC, c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, New York 11717 atau melalui e-mel di [email protected] dan [email protected]; Morgan Stanley & Co. LLC, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, New York 10014, Attention: Prospectus Department atau melalui e-mel di [email protected]; Jefferies LLC, Attn: Equity Syndicate Prospectus Department, 520 Madison Avenue, New York, New York 10022, melalui telefon di (877) 821-7388 atau melalui e-mel di [email protected]; atau Evercore Group L.L.C., Attention: Equity Capital Markets, 55 East 52nd Street, 35th Floor, New York, New York 10055, melalui telefon di 888-474-0200 atau melalui e-mel di [email protected].
Siaran akhbar ini bukan tawaran untuk menjual atau pelawaan tawaran untuk membeli sekuriti ini, dan tidak akan ada penjualan sekuriti di mana-mana negara atau bidang kuasa yang mana tawaran, pelawaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti negara atau bidang kuasa tersebut.
Maklumat Tentang Quantinuum
Quantinuum ialah syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka yang menawarkan platform tindanan penuh yang direka bentuk untuk membolehkan pengkomputeran kuantum ditempatkan dalam persekitaran dunia sebenar. Syarikat itu telah melaksanakan secara komersial beberapa generasi sistem kuantum yang dibina berasaskan seni bina QCCD yang telah terbukti, yang dipertingkatkan melalui reka bentuk dan keupayaan inovatif bagi mencapai tahap ketepatan tertinggi dalam industri berdasarkan purata kesetiaan gerbang dua qubit (two-qubit gate fidelity) setakat 31 Disember 2025. Quantinuum mempunyai penglibatan aktif dengan peneraju pasaran dalam sektor farmaseutikal, sains bahan, perkhidmatan kewangan serta pasaran kerajaan dan industri. Ibu pejabat Quantinuum terletak di Broomfield, Colorado, dengan kemudahan tambahan di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Jepun, Qatar dan Singapura.
Logo – https://mma.prnewswire.com/media/2655950/6002341/Quantinuum_Logo.jpg
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4975456_MS75456_6











