Mahu kos perniagaan usahawan lebih rendah dalam Belanjawan 2027

Mahu kos perniagaan usahawan lebih rendah dalam Belanjawan 2027

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengemukakan tiga cadangan kepada kerajaan termasuk kos perniagaan yang lebih rendah buat para usahawan bagi merangka insentif Belanjawan 2027.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, cadangan berkenaan dibuat hasil penelitian menerusi sesi libat urus Dialog Bajet Mega yang dianjurkan pihaknya buat julung kalinya bersama para pemegang taruh.

“Prinsip pertama ialah kita mahukan sumber yang lebih besar, khususnya dari segi peruntukan dana untuk sektor PMKS dan koperasi.

“Kedua, adalah untuk memastikan kos perniagaan yang lebih rendah buat para usahawan.

“Prinsip ketiga pula ialah memberi tumpuan kepada kecekapan yang lebih tinggi dalam penyampaian kerajaan terutamanya bagi memotong kerenah birokrasi supaya proses permohonan lebih cepat serta pengurangan bebanan yuran berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pavilion KUSKOP di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 di sini, hari ini.

Belanjawan 2027 dijangka dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober ini.

Anwar memaklumkan, Belanjawan 2027 akan terus berpandukan prinsip pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada pemerkasaan kehidupan rakyat dan bukan setakat diukur berdasarkan petunjuk ekonomi yang kukuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×