Cantor Terima Kelulusan ADGM, Perluas Platform Perbankan Pelaburan di Timur Tengah - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Cantor Terima Kelulusan ADGM, Perluas Platform Perbankan Pelaburan di Timur Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memperkukuh keupayaan pelaburan rentas sempadan dan pembentukan modal yang menghubungkan Timur Tengah dengan pasaran global

NEW YORK dan ABU DHABI, UAE, 21 Mei 2026 /PRNewswire/ — Cantor, bank pelaburan global terkemuka dan sebahagian daripada kumpulan syarikat Cantor Fitzgerald, hari ini mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawal Selia Perkhidmatan Kewangan ("FSRA") di ADGM, pusat kewangan antarabangsa Abu Dhabi, telah meluluskan permohonan firma itu untuk menjalankan aktiviti kewangan terkawal dalam ADGM.

Kelulusan tersebut, yang disahkan menerusi pengeluaran Kebenaran Perkhidmatan Kewangan ("FSP"), menandakan pencapaian penting dalam peluasan strategik Cantor di seluruh Timur Tengah. Kebenaran itu menyusuli pembukaan pejabat firma tersebut di Abu Dhabi pada Disember 2025.

"Penubuhan kehadiran kami di Abu Dhabi mencerminkan komitmen jangka panjang Cantor terhadap pasaran strategik penting yang semakin membentuk aliran modal global," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Ketua Global Perbankan Pelaburan Cantor, Sage Kelly. "Timur Tengah terus mencatat momentum ekonomi kukuh, peningkatan aktiviti pelaburan dan pembentukan modal institusi yang signifikan. Kehadiran kami dalam ADGM meletakkan kami pada kedudukan lebih baik untuk melayani pelanggan yang mencari peluang sama ada di rantau ini mahupun di pasaran antarabangsa."

Diketuai oleh Ketua Timur Tengah, Perbankan Pelaburan dan Pasaran Modal, Ali Khalpey, pejabat Cantor di Abu Dhabi akan berfungsi sebagai hab serantau bagi aktiviti perbankan pelaburan dan pasaran modal firma tersebut. Cantor kini mengendalikan dua pasukan khusus di rantau berkenaan: platform Ekuiti dengan keupayaan penuh jualan, dagangan dan penyelidikan yang melayani dana kekayaan negara serta pelabur institusi tempatan, serantau dan global yang aktif di seluruh Timur Tengah; serta pasukan Perbankan Pelaburan yang memberi tumpuan kepada penggabungan dan pengambilalihan serta khidmat nasihat pasaran modal.

"Abu Dhabi berkembang pesat sebagai pusat kewangan antarabangsa utama dan pintu masuk kepada salah satu persekitaran pelaburan paling dinamik di dunia," kata Khalpey. "Dengan pejabat Abu Dhabi kami kini beroperasi sepenuhnya, kami berharap dapat memperkukuh hubungan dengan pelanggan, pelabur dan rakan strategik di seluruh rantau ini sambil menyumbang kepada pertumbuhan berterusan ekosistem pasaran modal tempatan."

Ketua Pegawai Pembangunan Pasaran ADGM, Arvind Ramamurthy berkata "pihaknya berbesar hati mengalu-alukan institusi kewangan global terkemuka seperti Cantor ke ADGM ketika firma itu terus memperluaskan kehadirannya di rantau tersebut. Keputusan Cantor untuk menubuhkan operasi di Abu Dhabi mencerminkan peningkatan permintaan dalam kalangan institusi kewangan global utama untuk mengakses peluang pelaburan yang muncul di rantau Teluk dan Timur Tengah secara lebih meluas."

Maklumat tentang Cantor

Cantor, sebuah bank pelaburan global terkemuka, merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Cantor Fitzgerald. Ditubuhkan pada 1945, Cantor menawarkan kepakaran sektor yang tiada tandingan, produk inovatif dan penyelesaian khusus merentasi pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk perbankan pelaburan, pasaran modal, jualan dan dagangan pendapatan tetap serta ekuiti, perkhidmatan utama, penyelidikan dan pengurusan aset. Beribu pejabat di New York, firma itu mempunyai lebih 60 lokasi pejabat di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cantor.com. Ikuti kami di LinkedIn atau X untuk berita syarikat yang terkini.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2550581/5072851/ADGM_Logo.jpg

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4965175_MS65175_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI