Program sambilan yang bernilai $4,500 itu menawarkan kelas secara langsung dengan fakulti peringkat eksekutif dan sambungan global secara bersemuka
AUSTIN, Texas, 9 April 2026 /PRNewswire/ — Abilitie, TED dan Universiti St. Edward, pada hari ini mengumumkan kerjasama baharu untuk menawarkan program MBA mini 12 Minggu global. Program sambilan ini dikendalikan secara maya dan diakhiri dengan kelas hujung minggu secara bersemuka di hab perniagaan global. Program ini direka bentuk bertujuan membantu ahli profesional yang bekerja membina kemahiran perniagaan praktikal dalam era AI tanpa perlu meninggalkan kerjaya mereka.
Mula diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai MBA Jemputan, program ini menggabungkan kandungan TED yang dipilih dengan teliti, simulasi perniagaan yang mendalam, perbincangan secara langsung yang diterajui oleh pihak fakulti dan pengalaman kohort global. Peserta memperoleh sijil pendidikan profesional daripada Universiti St. Edward.
Program "MBA 12 Minggu ini membawa idea TED yang kuat ke dalam aliran cabaran perniagaan dunia sebenar, membantu para pemimpin mengembangkan cara mereka berfikir, menyelesaikan masalah dan menampilkan diri untuk pasukan masing-masing," kata Darby Coleman, pengarah kanan TED@Work.
Pada peringkat global, lebih 80% pengurus tidak memiliki ijazah perniagaan lanjutan. Kekurangan yang meluas ini memberikan cabaran kepada organisasi untuk berusaha membangunkan rancangan kepimpinan dalam pasaran global. Pengalaman MBA bentuk pendek–seperti MBA 12 Minggu–semakin banyak digunakan bertujuan melengkapkan pemimpin dengan kepintaran dalam bidang perniagaan yang penting dan kemahiran pengurusan warga kerja.
"Pemimpin masa depan memerlukan lebih daripada sekadar pengetahuan. Mereka perlu mengamalkan pertimbangan perniagaan yang bijak," kata Bjorn Billhardt, Ketua Pegawai Eksekutif Abilitie. "Sifat interaktif MBA 12 Minggu dan dikendalikan secara langsung ini membantu ahli profesional membina kefasihan kewangan, pemikiran strategik dan keupayaan kepimpinan."
Peserta melalui sesi pembelajaran dalam talian secara langsung yang diadakan tiga hari seminggu dan menjalankan sesi tersebut melalui simulasi perniagaan berasaskan pasukan yang dimodelkan mengikut cabaran kepimpinan sebenar. Kurikulum ini direka bentuk untuk membantu peserta memahami kewangan perniagaan, berfikir secara strategik, menguruskan sumber dan membuat keputusan yang bijak dalam persekitaran perniagaan yang kompleks dan cepat berubah.
"Universiti St. Edward komited terhadap kecemerlangan akademik dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada perkongsian menarik ini," kata Marianne Ward-Peradoza, ketua pentadbir Universiti St. Edward. "Kami mengakui bahawa golongan profesional pada hari ini memerlukan peluang yang fleksibel dan berimpak tinggi bertujuan memajukan kemahiran masing-masing, dan program ini menjadi contoh cara kami mencipta laluan yang memperkasa mereka untuk kekal berdaya saing."
Untuk mengekalkan sifat interaktif program ini, kelas dihadkan kepada 40 peserta bagi setiap bahagian dan 200 peserta bagi setiap kohort. Pengalaman ini diakhiri dengan kelas hujung minggu secara bersemuka di Berlin dan Dubai. Penginapan dan makan minum termasuk dalam bayaran tuisyen. Permohonan untuk kohort musim luruh tahun 2026 sedang dibuka, bayaran tuisyen ialah $4,500 dan biasiswa disediakan. Bakal pelajar boleh mengetahui lebih lanjut di 12weekmba.com. Program ini juga ditawarkan dalam tetapan kohort tertutup untuk syarikat yang mahu menaikkan taraf pekerja masing-masing.
Maklumat Tentang MBA 12 Minggu
Pengalaman program MBA 12 Minggu adalah kerjasama antara TED, Abilitie dan Universiti St. Edward. TED ialah organisasi bukan untung yang dibina berdasarkan kepercayaan mudah: Idea mengubah segalanya. Idea yang kuat, dibentangkan dengan bersemangat, boleh menggerakkan kita untuk merasakan sesuatu, berfikir secara berbeza dan mengambil tindakan. Abilitie ialah syarikat pembangunan kepimpinan global yang membantu ahli profesional membina kemahiran perniagaan yang kritikal. Sekolah Perniagaan Bill Munday di Universiti St. Edward adalah sekolah siswazah terbaik dengan memiliki akreditasi AACSB.
Hubungan Media
Becca Flores, Pengarah Pemasaran, TED@Work, [email protected], (212) 346-9333
Gina Curran, Pengarah, Abilitie, [email protected], 512-731-2166
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4929584_MS29584_6










