Xinhua Silk Road: Dari konsensus kepada tindakan, Selatan Global pacu aliran modal hijau antarabangsa - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Xinhua Silk Road: Dari konsensus kepada tindakan, Selatan Global pacu aliran modal hijau antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING, 26 Mac 2026 /PRNewswire/ — Apabila Forum Pembiaya Selatan Global 2026 dibuka pada hari Rabu, pegawai, jurubank, pemimpin perniagaan dan wakil organisasi antarabangsa dari lebih 30 negara dan wilayah berkumpul di sini dengan tujuan untuk berganding bahu bagi memperkukuh kerjasama kewangan yang lebih inklusif dan mampan.

Photo shows a scene of the opening ceremony of the 2026 Global South Financiers Forum. (Xinhua/Wang Jiru)
Photo shows a scene of the opening ceremony of the 2026 Global South Financiers Forum. (Xinhua/Wang Jiru)

Pada pandangan mereka, negara Selatan Global kini menuntut kerjasama kewangan yang lebih kukuh dan penggabungan kekuatan serta kebijaksanaan Selatan Global yang amat diperlukan bagi meningkatkan kerjasama kewangan berkaitan.

Shahin Mahmudzada, pengarah eksekutif Central Bank of Azerbaijan, menyokong pandangan tersebut dengan menekankan kepentingan membina ekosistem yang kukuh bagi pembangunan kewangan dan peralihan hijau dalam menghadapi situasi perubahan iklim yang semakin imperatif.

Pada masa ini, peralihan hijau global sedang beralih daripada respons pasif kepada memerangi perubahan iklim hinggalah strategi aktif yang mengusahakan kebebasan tenaga dan peningkatan kecekapan ekonomi, ujar Li Hongyan, timbalan ketua Pentadbiran Pertukaran Asing Negara.

Dalam keadaan sedemikian, pembangunan hijau dan mampan kekal sebagai persoalan yang mesti dijawab dalam pembangunan bersama umat manusia dan Selatan Global menjadi pusat nilai bagi pelaburan hijau, kata Wang Zhiheng, presiden Agricultural Bank of China (ABC).

Di tengah-tengah pembentukan semula rantaian industri hijau global, terdapat peluang untuk China dan negara Selatan Global yang lain mencapai kerjasama yang saling menguntungkan melalui keterbukaan kewangan peringkat tinggi dan penyelarasan kewangan hijau yang lebih mendalam, tambah Li.

Bagi memajukan bersama-sama pembangunan kewangan hijau yang berkualiti tinggi dan memandu aliran modal global ke dalam sektor hijau dan rendah karbon, institusi kewangan Cina digalakkan untuk melaksanakan pelaburan hijau dan rendah karbon di negara rakan Jalur dan Jalan, kata Lu Lei, timbalan gabenor People’s Bank of China.

Hijau merupakan warna penentu pembangunan Selatan Global yang berkualiti tinggi dan usahawan serta pembiaya Cina menyumbang bersama-sama pelbagai penyelesaian mampan dan kebijaksanaan kepada pembangunan hijau Selatan Global, kata Yang Dongning, naib presiden Export-Import Bank of China.

Bertemakan "Menerangi Selatan Global," forum ini dengan Fenjiu Group sebagai rakan utama, ABC sebagai rakan strategik dan NEV Zeekr sebagai kenderaan khas, menyaksikan penubuhan majlis forum, penampilan sulung jurnal Global South Finance dwibahasa serta permulaan Sustainability Solutions Showcase (Pameran Penyelesaian Kelestarian) di Pusat Maklumat Kewangan Negara di Beijing.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/349911.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4920031_MS20031_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI