VT Markets dan Newcastle United Raih Dua Kemenangan di Forex Sports Awards 2026 - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

VT Markets dan Newcastle United Raih Dua Kemenangan di Forex Sports Awards 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY, 18 Mac 2026 /PRNewswire/ — VT Markets, broker berbilang aset global terkemuka, telah menerima anugerah berprestij "Best Global Football Sponsor – Newcastle United F.C" (Penaja Bola Sepak Global Terbaik – Newcastle United F.C) dan "Best Commercial Spot – Together, Into Tomorrow" (Celahan Komersial Terbaik – Together, Into Tomorrow) di Forex Sports Awards 2026. Pengiktirafan berganda ini mengiktiraf kerjasama berimpak tinggi jenama tersebut dengan Newcastle United, sekali gus meraikan kecemerlangan dalam penjajaran jenama global dan penglibatan peminat.

VT Markets and Newcastle United Clinch Double Wins at Forex Sports Awards 2026
VT Markets and Newcastle United Clinch Double Wins at Forex Sports Awards 2026

Forex Sports Awards, yang dianjurkan oleh Sports Media Gaming Limited, mengiktiraf penajaan sukan cemerlang dalam industri kewangan. Pemenang ditentukan melalui proses komprehensif yang melibatkan undian awam dan panel bebas pakar industri dari sektor sukan dan media.

Tahun kedua kerjasama VT Markets dengan Newcastle United sebagai Rakan Dagangan Kewangan Rasmi telah diserlahkan melalui filem jenama "Together, Into Tomorrow" serta pelbagai inisiatif komuniti yang berjaya di seluruh Asia. Inisiatif ini termasuk sumbangan peralatan bola sepak bagi pembangunan belia di Indonesia, Vietnam dan Thailand. "Pengiktirafan sinergi kami dengan Newcastle United di peringkat global merupakan bukti kekuatan kerjasama ini," kata Dandelyn Koh, Ketua Pemasaran Global di VT Markets. "Pengiktirafan ini ialah milik para peminat dan pelanggan kami yang telah bersama dalam perjalanan ini. Kami berharap untuk meneruskan misi memperkasakan komuniti dan membawa keterujaan sukan kepada khalayak global."

Pencapaian ini menandakan satu bab baharu bagi VT Markets tatkala syarikat terus melangkaui batas potensi kerjasama sukan dengan menyampaikan nilai nyata dan pengalaman menarik kepada peminat sukan dan khalayak global yang lebih luas.

Latar Belakang VT Markets

VT Markets ialah broker berbilang aset yang dikawal selia dengan kehadiran di lebih 160 negara setakat ini. Syarikat telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa termasuk Perdaganan Dalam Talian Terbaik dan Broker Pertumbuhan Terpantas. Sejajar dengan misinya untuk menjadikan perdagangan lebih mudah diakses oleh semua, VT Markets menawarkan akses komprehensif kepada lebih daripada 1,000 instrumen kewangan. Pelanggan turut menikmati pengalaman dagangan yang lancar melalui aplikasi mudah alihnya yang memenangi anugerah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi VT Markets. Sebagai alternatif, ikuti VT Markets di Facebook, Instagram atau LinkedIn.

 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4911845_MS11845_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI