Haier Raikan Kecemerlangan di Paris Dengan Portfolio Rumah Pintar Baharu - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Haier Raikan Kecemerlangan di Paris Dengan Portfolio Rumah Pintar Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS, 28 Mac 2026 /PRNewswire/ — Berteraskan komitmen mendalam terhadap pasaran Eropah, Haier, jenama ekosistem IoT terkemuka dunia yang berdedikasi kepada pengalaman pengguna premium, menghimpunkan rakan global, pelanggan dan media antarabangsa untuk Champions Meeting yang eksklusif di Paris. Diadakan di antara stadium Roland-Garros dan Paris Saint-Germain yang ikonik, acara ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanan global Haier, mempamerkan visi jenama ini untuk kehidupan pintar dan diperibadikan serta memperteguh komitmennya dalam mencipta "pengalaman Nombor Satu" untuk pengguna di Eropah dan seluruh dunia.

Haier Celebrates Excellence in Paris With New Smart Home Portfolio
Haier Celebrates Excellence in Paris With New Smart Home Portfolio

Lebih daripada sekadar pameran produk, Champions Meeting menyatukan ekosistem antarabangsa Haier di dua lokasi legenda yang melambangkan cita-cita, kecemerlangan dan prestasi — nilai yang mencerminkan falsafah inovasi berterusan oleh jenama ini sendiri. Daripada hiburan rumah premium hingga penyimpanan makanan, penjagaan fabrik, memasak, pencucian pinggan mangkuk dan penjagaan lantai, Haier memperkenalkan generasi baharu penyelesaian utama yang dikuasakan kecerdasan buatan, sensor maju dan reka bentuk terkini.

"Menjadi Nombor Satu bukan sekadar berkaitan kepimpinan pasaran; cita-cita kami adalah untuk terus meningkatkan cara manusia mengalami kehidupan di rumah," kata Neil Tunstall, Ketua Pegawai Eksekutif Haier Europe. "Melalui falsafah Zero Distance to Consumer (Jarak Sifar ke Pengguna), kami menukar pandangan kehidupan sebenar kepada teknologi pintar yang menyesuaikan diri, belajar dan memberikan pengalaman yang semakin intuitif, diperibadikan dan bermakna."

Francesco Di Valentin, Ketua Pegawai Perniagaan Haier Europe, menambah: "Kerjasama kami dengan dunia sukan mencerminkan usaha mengejar kecemerlangan yang sama yang mendorong inovasi kami. Acara seperti Champions Meeting membolehkan kami berhubung secara langsung dengan pelanggan dan rakan dalam suasana yang menginspirasikan sambil mempersembahkan kekuatan portfolio dan nilai ekosistem kami."

Haier’s latest innovations are adapting to users’ habits to deliver high performance
Haier’s latest innovations are adapting to users’ habits to deliver high performance

Agar bersesuaian dengan tabiat pengguna untuk memberikan prestasi tinggi, inovasi terkini Haier disusun berkisarkan tiga tonggak nilai teras yang memenuhi keperluan kehidupan moden:

Kecerdasan Berkuasa-AI 

Produk utama Haier yang terkini mengintegrasikan AI maju untuk memberikan prestasi lebih pintar dan lebih diperibadikan. Rangkaian Smart TV 2026 (32–115 inci) menampilkan seni bina Homey AI proprietari Haier merangkumi teknologi Mini LED, QD-Mini LED, OLED, QLED dan LED bagi pengalaman tontonan imersif yang disesuaikan untuk filem, sukan dan permainan. Peti sejuk Horizon Collection, dengan kapasiti sehingga 700 liter, menawarkan pengawetan pintar melalui NutriBank, Active Fresh Zone dan AI Food Care System. Siri dobi Vision 15 memperkenalkan AI Vision Sense, AI Power Sense dan AI Memory, mendayakan penjagaan fabrik jitu yang mencapai penyesuaian dengan tabiat pengguna.

Pengalaman Berpusatkan-Manusia

Direka untuk kehidupan harian yang mudah, penyelesaian ini menggabungkan AI intuitif dengan ciri-ciri yang difikirkan dengan teliti. Ketuhar wap ID Series, yang dikuasakan kerangka Bionicook AI, menganalisis dan mengoptimumkan proses memasak untuk hasil unggul yang konsisten. Menyaksikan kemunculan sulung Haier dalam segmen penjagaan lantai, rangkaian I-Pro Clean merangkumi mesin pencuci lantai, vakum tanpa wayar dan vakum robotik. Series 5 I-Pro Clean Z5 menonjol dengan sistem Double Roller (Penggelek Berganda) inovatif, yang memerangkap kotoran dengan cekap sambil mengurangkan bilangan laluan, kesan jalur dan masa pengeringan.

Penyelesaian Cekap-Tenaga 

Disesuaikan dengan jangkaan Eropah terhadap kemampanan, inovasi ini mengoptimumkan penggunaan sumber tanpa menjejaskan prestasi. Mesin basuh MultiWash terobosan menampilkan tiga dram bebas, membolehkan pencucian serentak beban berbeza dengan program, suhu dan kitaran berasingan bagi menjimatkan masa dan tenaga sambil memberikan penjagaan pakaian khusus. Pencuci pinggan mangkuk I-Pro Shine Series 7 Biovitae menetapkan penanda aras kebersihan baharu dengan teknologi cahaya nampak berbilang panjang gelombang berpaten yang menghapuskan 99.99% bakteria (diperakui Eurofins). Hidraulik maju, termasuk H-Spray Arm dan Cutlery Shine Plus, meningkatkan lagi kecekapan pembersihan sambil mengoptimumkan penggunaan air dan tenaga untuk hasil yang sangat bersih.

Sejak memasuki pasaran Eropah pada tahun 1990-an, Haier memperluas kehadirannya secara berterusan dan kini beroperasi di lebih 45 pasaran di seluruh Eropah. Perhimpunan di Paris menandakan pencapaian penting dalam perjalanan globalnya, meraikan kecemerlangan bersama dan mengesahkan semula cita-citanya untuk memimpin evolusi rumah pintar di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.haier.com/global/.

Latar Belakang Haier Group 

Ditubuhkan pada 1984, Haier Group ialah penyedia global utama penyelesaian kehidupan lebih baik dan transformasi digital, dengan tujuannya iaitu "More Creation, More Possibilities" ("Lebih Banyak Ciptaan, Lebih Banyak Kemungkinan"). Dibina berasaskan teknologi maju, reka bentuk unggul dan pengalaman tersuai, Haier menawarkan portfolio luas penyelesaian terhubung merangkumi pencucian, penyejukan, memasak dan rawatan udara. Haier telah disenaraikan sebagai jenama No.1 dunia bagi peralatan utama selama 17 tahun berturut-turut, menurut Euromonitor International.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4920892_MS20892_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI