Tinjauan Avnet Insights: Jurutera APAC Percepat Penerimagunaan AI Merentas Industri-industri - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Tinjauan Avnet Insights: Jurutera APAC Percepat Penerimagunaan AI Merentas Industri-industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

China Menguasai AI Secara Meluas, Jepun Mendahului Keandalan, Memacu Inovasi Serantau

SINGAPURA, 5 Februari 2026 /PRNewswire/ — Kecerdasan Buatan (AI) semakin diterapkan dalam produk dan penyelesaian di seluruh Asia-Pasifik, tatkala para jurutera memajukan penerimagunaannya dan dalam masa yang sama menangani cabaran operasi serta reka bentuk. Penemuan ini diperoleh menurut tinjauan Avnet Insights tahunan kali kelima oleh Avnet yang menjejaki arah aliran global dalam hal integrasi AI merentas industri-industri.


Pada peringkat global, 77% jurutera melaporkan keadaan pasaran yang semakin baik untuk produk dan penyelesaian reka bentuk mereka. Di seluruh APAC, penerimagunaannya dilihat semakin pantas, dengan China mendahului bagi pasang atur berskala besar dan Jepun pula menekankan keandalan serta kitaran hayat produk yang panjang. Kekuatan serantau dan keutamaan yang berubah-ubah ini secara kolektifnya mendorong gelombang evolusi teknologi Asia-Pasifik yang seterusnya.

"Walaupun tinjauan ini memfokuskan pada hab reka bentuk global yang utama, penemuan ini menjadi kerangka yang kritikal untuk pasaran Asia Tenggara," kata Tan Aik Hoon, Presiden Serantau untuk Avnet Asia Selatan, Korea dan Avnet United. "Seiring perkembangan ASEAN dalam menjadi penjana pembuatan bertaraf global, strategi AI ‘mengutamakan komersial’ yang diketengahkan dalam laporan ini menawarkan laluan yang jelas ke hadapan untuk para jurutera di Singapura, Malaysia dan Vietnam yang ingin mengekalkan kelajuan yang kompetitif."

Muat turun kertas putih Avnet Insights: The Reality of Artificial Intelligence 2026 di sini.

Bagaimanakah Penerimagunan AI Semakin Maju di Seluruh APAC?
Lebih separuh daripada jurutera pada peringkat global (56%) berkata mereka menghantar produk-produk yang digabungkan dengan AI, menyaksikan peningkatan sebanyak 33% berbanding tahun sebelumnya. Di China, penerimagunaannya melebihi purata global, dengan para jurutera menerapkan AI merentas industri-industri termasuk automotif, automasi industri dan pembuatan pintar. Jepun dan pasaran APAC yang lain semakin maju dengan mantap, mengutamakan aplikasi praktikal yang dapat meningkatkan kecekapan, keandalan dan juga kelestarian.

Aplikasi AI yang utama di seluruh rantau ini mencerminkan arah aliran global: automasi proses (42%), penyelenggaraan prediktif (28%) dan pengesanan kesalahan/anomali (28%) kekal menjadi fungsian yang paling banyak diguna pakai. Jurutera-jurutera juga semakin menggabungkan Edge AI dan pembelajaran mesin (ML), dengan 64% pada peringkat global mengutamakan kedua-duanya secara sama rata, lalu menggambarkan kepentingan AI berbilang mod yang semakin meningkat.

"Kami dapat menyaksikan perubahan yang jelas daripada eksperimentasi AI kepada penggunaan berskala industri dalam seluruh koridor pembuatan ASEAN," tambah Tan. "Jurutera-jurutera serantau berdepan dengan cukai kerumitan yang semakin meningkat—mengimbangi tempoh ke pasaran yang pantas dengan keperluan data khusus. Peranan Avnet adalah untuk membantu rakan kongsi mengatasi halangan ini dan beralih daripada konsep kepada hasil dengan lebih pantas."

Mengharungi Cabaran untuk Memacu Impak Lebih Luas
Seiring perluasan pengaruh AI, para jurutera APAC terus mengimbangi cabaran teknikal dengan keperluan kemahiran yang semakin berkembang. Kualiti data (46%) dan penyelenggaraan berterusan (54%) kekal menjadi halangan yang paling banyak disebut, sementara pasukan serantau melabur dalam pembangunan bakat—terutamanya dalam pengoptimuman model (17%) serta analisis data (16%)—untuk menukarkan kerumitan kepada kelebihan daya saing.

"Laporan ini mengesahkan bahawa AI sudahpun memasuki fasa yang paling kritikal: pelaksanaan berskala besar," simpul Tan. "Dalam pasaran yang melaluinya kelajuan pengeluaran memacu optimisme, Avnet membantu merapatkan jurang sumber serantau dengan menyediakan kepakaran teknikal serta sokongan ekosistem yang diperlukan oleh rakan kongsi kami untuk mendahului—bukan sekadar menyertai—evolusi teknologi Asia-Pasifik."

Tinjauan Avnet Insights 2026 yang dijalankan secara dalam talian dihantar kepada 1,200 jurutera dari benua Amerika, EMEA, Asia dan Jepun mulai 21 Oktober hingga 5 November 2025.

Muat turun kertas putih lengkap Avnet Insights: The Reality of Artificial Intelligence 2026 di sini.

Latar Belakang Avnet
Sebagai pengedar teknologi dan penyedia penyelesaian bertaraf global yang terkemuka, Avnet memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah selama lebih seabad. Melalui perniagaan serantau dan khusus di seluruh dunia, kami menyokong pelanggan dan pembekal pada setiap peringkat kitaran hayat produk. Kami membantu syarikat-syarikat beradaptasi dengan perubahan dan mempercepat peringkat reka bentuk dan bekalan dalam pembangunan produk. Menerusi sudut pandangan yang unik daripada pusat rantaian bekalan teknologi, Avnet merupakan rakan kongsi dipercayai yang menyelesaikan isu-isu reka bentuk dan rantaian bekalan yang kompleks agar pelanggan dapat merealisasikan hasil dengan lebih pantas. Ketahui lebih lanjut mengenai Avnet melalui www.avnet.com.

HUBUNGI: Seraphina Wee, [email protected] 

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4875094_MS75094_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI