![]() |
Lokasi strategik di Jepun memanfaatkan kecemerlangan kejuruteraan tempatan untuk memenuhi keperluan pasaran global.
OSAKA, Jepun, 2 Februari 2026 /PRNewswire/ — SuperX AI Technology Limited (NASDAQ: SUPX) ("Syarikat" atau "SuperX"), penyedia penyelesaian infrastruktur Pusat Data AI baru muncul, mengumumkan pada hari ini permulaan rasmi pengeluarannya di Pusat Bekalan Global SuperX yang baru ditubuhkan di Jepun. Terletak di Bandar Tsu, Wilayah Mie, Jepun, kemudahan ini menjadi hab bekalan utama SuperX. Permulaan pengeluaran di kemudahan ini menyaksikan peralihan Syarikat ini daripada kejuruteraan dan persediaan bagi mencapai pengeluaran komersial terskala. Terletak di Jepun, pusat ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan kumpulan pelanggan global SuperX.

Kagami-biraki Ceremony with SuperX leadership and local representatives, marking the start of production at the Japan Supply Center.
Tumpuan Rasional & Operasi Strategik
SuperX memilih Jepun sebagai pusat bekalan pertamanya bagi mengintegrasikan keupayaan perindustrian Jepun yang mantap dengan kepakaran teknikal SuperX. Pusat ini memfokuskan pada tiga objektif pragmatik:
- Kualiti Pembuatan: Memanfaatkan standard pelaksanaan Jepun yang ketat bagi menjamin keandalan yang tinggi untuk pelayan AI berprestasi tinggi.
- Skala Pengeluaran: Ketika ini, kemudahan ini berupaya menyampaikan sehingga 20,000 pelayan AI setiap tahun, menyediakan kapasiti yang diperlukan untuk memenuhi permintaan segera dan boleh diperluas bagi memenuhi pesanan global pada masa akan datang.
- Eksport Global: Berperanan sebagai hab gabungan untuk integrasi sistem dan logistik, memperkemas penghantaran ke pasaran antarabangsa.
Kemajuan Pasaran
Permulaan pengeluaran di Pusat Bekalan Global SuperX menyokong pelaksanaan komersial yang segera oleh Syarikat ini. Pada Januari 2026, SuperX memperoleh pesanan pembelian pelanggan dengan anggaran jumlah nilai sebanyak USD 910 juta. Dalam hal lain, Syarikat ini turut memeterai MOU dengan beberapa bakal pelanggan bagi tujuan pembelian 5,000 unit pelayan AI dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan anggaran jumlah nilai pesanan mencecah sehingga USD 2.1 bilion.
Perkhidmatan Sokongan Global
Bagi menyokong pelanggan dengan lebih baik melalui penggunaan produk pelayan AI dan perkhidmatan pascajualan, SuperX memperkenalkan sistem perkhidmatan teknikal terpiawai, termasuk tindak balas 24/7 melalui pusat sokongan global yang berpangkalan di Singapura, sokongan teknikal peringkat pakar dan perkhidmatan hujung-ke-hujung. Bagi penghantaran dan operasi domestik Jepun, SuperX menggabungkan pasukan teknikal global dengan rangkaian alat ganti tempatan. Ini mengupayakan perkhidmatan pelaksanaan projek tersuai dan pilihan penyelenggaraan di lapangan bersandarkan SLA secara berperingkat bagi menyokong pengendalian pantas dan operasi yang stabil.
Ulasan Eksekutif
"Ini merupakan detik asas buat SuperX," kata Dr. Chenhong Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SuperX. "Dengan menubuhkan Pusat Bekalan Global SuperX pertama kami di Jepun, kami menguasai disiplin kejuruteraan dan jaminan kualiti yang diperlukan untuk bersaing di pentas global. Kemudahan ini membolehkan kami mengawal standard pengeluaran kami dan menyediakan penyelesaian AI tindanan penuh yang andal kepada pelanggan kami di seluruh dunia."
Latar Belakang SuperX AI Technology Limited (NASDAQ: SUPX)
SuperX AI Technology Limited ialah penyedia penyelesaian infrastruktur AI yang menawarkan portfolio komprehensif yang terdiri daripada perkakasan proprietari, perisian canggih dan perkhidmatan hujung-ke-hujung untuk pusat data AI. Perkhidmatan Syarikat ini melibatkan reka bentuk dan perancangan penyelesaian termaju, integrasi produk infrastruktur yang berkesan kos serta operasi dan penyelenggaraan yang menyeluruh. Produk-produk terasnya termasuk pelayan AI berprestasi tinggi, penyelesaian Arus Terus 800 Volt (800VDC), penyelesaian pendinginan cecair berketumpatan tinggi, serta awan AI dan ejen AI. Beribu pejabat di Singapura, Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan institusi pada peringkat global, termasuk perusahaan, institusi penyelidikan serta pasang atur pengkomputeran awan dan pinggir. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.superx.sg
Pernyataan Safe Harbor
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan pandang ke hadapan. Di samping itu, dari semasa ke semasa, kami atau wakil kami mungkin memberikan pernyataan pandang ke hadapan secara lisan atau bertulis. Kami membuat pernyataan pandang ke hadapan ini berdasarkan jangkaan dan unjuran kami terhadap peristiwa pada masa akan datang, yang kami peroleh daripada maklumat yang tersedia kepada kami pada masa ini. Anda boleh mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan melalui pernyataan yang tidak bersifat sejarah, terutamanya yang menggunakan terminologi seperti "mungkin," "sepatutnya," "menjangkakan," "menduga," "merenungkan," "menganggarkan," "percaya," "merancang," "mengunjurkan," "meramalkan," "berpotensi," atau "berharap" atau yang bertentangan dengan istilah ini atau yang serupa. Dalam menilai pernyataan pandang ke hadapan ini, anda harus mempertimbangkan pelbagai faktor, termasuk: keupayaan kami untuk mengubah hala tuju Syarikat; keupayaan kami untuk mengikuti perkembangan teknologi baharu dan keperluan pasaran yang berubah-ubah; dan persekitaran persaingan perniagaan kami. Faktor-faktor ini dan faktor-faktor lain boleh menyebabkan keputusan sebenar kami banyak bezanya daripada mana-mana pernyataan pandang ke hadapan.
Pernyataan pandang ke hadapan hanyalah ramalan. Pembaca diingatkan untuk tidak bergantung pada pernyataan pandang ke hadapan ini. Peristiwa berpandangan jauh yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini, termasuk kuantiti dan anggaran nilai pesanan dan pernyataan-pernyataan lain yang dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau wakil kami, mungkin tidak berlaku, dan peristiwa serta keputusan sebenar mungkin banyak bezanya dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian mengenai kami. Kuantiti dan anggaran nilai pesanan yang dinyatakan dalam MOU adalah tidak mengikat dan tertakluk kepada pelaksanaan pesanan pembelian dan perjanjian muktamad. Jadual penghantaran sebenar dan nilai pelayan AI mungkin berbeza-beza berdasarkan kesediaan pusat data pelanggan dan keadaan rantaian bekalan. Kami tidak diwajibkan untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan pandang ke hadapan secara terbuka, sama ada lantaran ketidakpastian dan andaian, peristiwa berpandangan jauh yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini dan pernyataan-pernyatan lain yang dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau wakil kami mungkin tidak berlaku.
Ikuti media sosial kami:
X.com: https://x.com/SUPERX_AI_
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/superx-ai
Facebook: https://www.facebook.com/people/Super-X-AI-Technology-Limited/61578918040072/#
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4875092_MS75092_6












