Meraikan tahun baharu yang penuh dengan keseronokan tidak berkesudahan
MACAU, 1 Februari 2026 /PRNewswire/ — Menjelang tibanya Tahun Kuda, bandar ini mengalami kemeriahan dengan tenaga yang bersemangat pada musim ini. Bagi meraikan Tahun Baharu Cina, SJM Resorts, S.A. ("SJM") mempersembahkan sebuah perjalanan perayaan yang mengujakan dan penuh kegembiraan di hotel, pusat peranginan dan dewan makanannya mulai 2 Februari hingga 8 Mac. Sepanjang musim ini, Grand Lisboa Palace Resort Macau ("Grand Lisboa Palace") akan menggembirakan tetamu dengan pelbagai sambutan yang meriah dan juga keistimewaan yang eksklusif, termasuk ganjaran membeli-belah, cabutan bertuah serta bengkel keluarga yang penuh dengan keseronokan. Para tetamu juga boleh berkumpul bersama insan tersayang bagi menikmati jamuan perjumpaan yang indah di restoran-restoran berbintang MICHELIN, atau mencergaskan semula tubuh dengan rawatan yang menyegarkan di spa—bagi menikmati permulaan Tahun Baharu yang makmur dan sihat.

Restaurants at Grand Lisboa Palace and Grand Lisboa will present exclusive set menus and festive à la carte dishes.
Perayaan-perayaan ini meliputi seluruh bandar, dengan Grand Lisboa Macau ("Grand Lisboa"), JAI ALAI Oceanus, L’Arc Macau dan Kam Pek Market dipersembahkan dengan keseronokan percutian terbaiknya. Dihiasi dengan dekorasi yang mempesonakan, destinasi-destinasi ini bersedia untuk menyambut para tetamu dari dekat dan jauh, menerangi Macau dengan rahmat paling terang dan tenaga yang sungguh meriah pada tahun ini.
Persinggahan 1: Tempat Bergambar Perayaan & Rahmat daripada Dewa Tuah
Sebaik sahaja tiba di Grand Lisboa Palace, para tetamu serta-merta dikelilingi dengan suasana yang riang dan meriah, manakala Jardim Secreto membawakan enam pemasangan perayaan yang rancak dengan maskot SJM, Sam si Ayam Jantan—menawarkan peluang bergambar yang sempurna untuk keluarga bagi mengabadikan kenangan Tahun Baharu yang berharga.
Sementara itu, Dewa Tuah akan membuat kemunculan di Grand Lisboa Palace, Grand Lisboa, JAI ALAI Oceanus dan L’Arc Macau, menghujani tetamu dengan barangan bertuah, santapan dan baucar membeli-belah.[1] Mulai 17 hingga 22 Februari, pengunjung di Grand Lisboa Palace mungkin berpeluang untuk bertemu Dewa Tuah dan menyertai sesi cabutan bertuah bagi memenangi keistimewaan santapan. Para tetamu di Grand Lisboa dan JAI ALAI Oceanus juga boleh menebus Fai Chun yang meriah untuk membawa pulang keberkatan musim ini.[2]
|
[1] Dewa Tuah akan muncul dan mengedarkan paket merah seperti berikut: |
|
[2] Dengan resit perbelanjaan yang sah, tetamu boleh menebus Fai Chun bertuah seperti berikut: |
Persinggahan 2: Belanja & Menang pada Tahun Baharu Cina ini
Mulai 7 Februari hingga 8 Mac, para tetamu yang membelanjakan sebanyak MOP100 atau lebih di outlet runcit, tempat makan dan spa yang ditetapkan di seluruh Grand Lisboa Palace, Grand Lisboa, JAI ALAI Oceanus atau Kam Pek Market boleh menikmati akses ke Sam’s Bouncy Castle dan Sportopia. Mereka yang membelanjakan sebanyak MOP300 atau lebih boleh menaiki Samtastic Express yang melambangkan permulaan Tahun Baharu yang makmur. Para tetamu juga boleh merasai pengalaman Sam’s Photo Booth dan mengambil bahagian dalam "Cabutan Bertuah Besar-besaran Tahun Kuda" atau Mesin Cekau "Rebut & Menang" dengan peluang untuk memenangi pengalaman di pusat peranginan yang eksklusif, cenderamata edisi terhad dan Baucar Emas & Barang Kemas bernilai MOP16,888!
Persinggahan 3: Tradisi Tak Lapuk Dek Zaman & Ikatan Kekeluargaan
Tahun Baharu ini bermula dengan penuh kemeriahan menerusi persembahan tarian singa yang megah, membawa tuah kepada Grand Lisboa dan Kam Pek Market pada 21 Februari—tatkala rombongan bergerak dari Kam Pek Market ke Tokong Hong Kung bagi menyebarkan tenaga yang bertuah sepanjang laluan. Persembahan diteruskan dengan gaya yang penuh kegembiraan bertarikh 22 Februari di Grand Lisboa Palace dan pada 23 Februari di JAI ALAI Oceanus serta L’Arc Macau bagi menyambut Tahun Kuda dengan gelombang kemakmuran serta tuah. Sambutan ini menjangkau ke seluruh bandar apabila SJM Float yang menakjubkan menyertai Perarakan Tahun Baharu Cina Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau pada petang 19 dan 28 Februari. Sementara itu, kaum keluarga boleh mengeratkan hubungan melalui daya kreativiti di bengkel GLP Arte pada hujung minggu mulai sekarang hingga 28 Februari bagi menghasilkan kraf paket merah diperibadikan, tumbuhan pasu dawai berbulu, atau kincir angin mainan bertuah.
Persinggahan 4: Pengembaraan Masak-memasak dengan Rasa yang Menyelerakan
Jurumasak mahir kulinari SJM akan mencipta hidangan istimewa Tahun Baharu Cina yang premium bermula pada 1 Februari yang menyajikan segala-galanya bermula daripada menu set mewah dan hidangan istimewa à la carte terkurasi hinggalah dim sum yang enak—undangan untuk berkumpul, menikmati hidangan dan menghayati intipati musim ini.
Bertempat di Grand Lisboa Palace, sambutan ini disajikan dengan sempurna. Restoran-restoran istimewa termasuk Palace Garden, Chalou dan Hua Ting melancarkan menu set masa terhad dan hidangan à la carte yang meriah—amat sesuai untuk berkongsi kemewahan bersama kaum keluarga dan juga rakan taulan. Mulai 17 hingga 19 Februari, The Grand Buffet akan mempersembahkan stesen makanan yang meriah dan sesi gaul hidangan kemakmuran "Lo Hei" tradisional yang melambangkan tuah yang semakin bertambah dan juga permulaan baharu. Sebagai selingan hidangan manis, La Scala del Palazzo, The Book Lounge dan Vivienne Westwood Café akan menyajikan hidangan minum teh petang yang elegan dan pastri perayaan. Para tetamu juga boleh memilih daripada beraneka jenis puding beras, Poon Choi serta hamper premium untuk membawa pulang rasa bahagia.
Robuchon au Dôme at Grand Lisboa akan melancarkan set menu Tahun Baharu Cina yang istimewa. Pada petang 19 Februari, para tetamu boleh menikmati masakan Perancis bertaraf tiga bintang MICHELIN daripada salah satu tempat yang paling indah di bandar ini, sambil menyaksikan pertunjukan bunga api yang hebat semasa menikmati jamuan yang tidak dapat dilupakan untuk mata dan selera. The Eight yang bertaraf dua bintang MICHELIN akan mempersembahkan menu set Tahun Kuda, pilihan à la carte dan dim sum. L’Arc Chinese Restaurant di L’Arc Macau pula akan menawarkan menu makan malam musim bunga untuk perjumpaan korporat atau keluarga yang meriah, manakala JAI ALAI Oceanus menyertai sambutan ini dengan hidangan istimewa bermusim di Treasury Restaurant, Jai Alai Buffet Restaurant, CASA DE MASSA dan juga Treasure House.
Persinggahan 5: Segarkan Semula Keserian Anda untuk Tahun Baharu
Sambut Tahun Kuda dengan semangat yang segar dan daya tenaga yang berkilau. Mulai sekarang hingga 31 Mac, spa bertaraf dunia SJM mempersembahkan rawatan eksklusif untuk menonjolkan diri anda yang baharu dan berseri.
The Spa at THE KARL LAGERFELD memperkenalkan "Diamond Revival." Diperhebat oleh syarikat penjagaan kulit London yang mewah 111SKIN, rawatan ini memanfaatkan zarah berlian hitam yang mujarab untuk menegangkan dan mencerahkan. Menggabungkan rawatan pengangkat muka, kontur badan dan penjagaan kaki restoratif, ia memastikan pada tetamu melangkah ke Tahun Kuda dengan rasa yakin yang bersinar.
Bagi pendekatan yang lebih holistik, The SPA at Palazzo Versace Macau mempersembahkan "Rejuvenasi Musim Bunga dengan Terapi Cina Tradisional" ("Spring Rejuvenation with Traditional Chinese Therapy") mulai sekarang hingga 28 Februari. Bertunjangkan kebijaksanaan tradisional, terapi ini menggabungkan urutan titik akupunktur dengan moksibusi hangat bagi menghilangkan lembapan dan menyahtoksik badan. Dilengkapi dengan sesi "Gua Sha" belakang badan percuma, ia melegakan tekanan yang sudah berakar umbi dan menyegarkan semula tubuh dengan tenaga yang penting.

The SPA at Palazzo Versace Macau presents the Spring Rejuvenation with Traditional Chinese Therapy throughout the Chinese New Year.
Akhir sekali, The Spa at Grand Lisboa Palace menawarkan "Kesenangan Tahun Baharu yang Berkilau". Dengan kelayakan pembelian runcit, para tetamu boleh menikmati tambahan masa urutan muka atau badan selama 30 minit secara percuma—suatu undangan untuk mengutamakan penjagaan diri dan bagi memulakan tahun ini dengan penuh semangat.
Ketahui perjalanan lengkap dengan keajaiban perayaan, terokai tawaran eksklusif dan kejutan mulai sekarang di: https://www.sjmresorts.com/en/happenings/celebrate-the-year-of-the-horse-at-sjm
– Tamat –
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4875223_MS75223_6















