LAS VEGAS, 4 Februari 2026 /PRNewswire/ — Midea Building Technologies mempamerkan rangkaian penyelesaian bangunan pintar canggih yang komprehensif menerusi tema "Pintar dalam Satu" di AHR Expo 2026. Pameran ini membawakan pelbagai portfolio teknologi canggih yang direka untuk memenuhi tuntutan sektor-sektor utama yang kian berkembang, termasuk pusat data, taman industri dan bangunan komersial. Penyelesaian yang khususnya menonjol di reruai termasuk penyejuk empar bearing magnet MagBoost Apex Pro, sistem VRF fleksibel, teknologi pam haba lestari dan platform digital Midea iBUILDING bersepadu.
Penyejuk Empar Berkecekapan Tinggi untuk Pendinginan Mencabar
Penyejuk empar bearing magnet MagBoost Apex Pro memperlihatkan kemajuan yang ketara dalam teknologi HVAC, menggabungkan sistem bearing magnet bebas minyak generasi kedua Midea yang dipatenkan. Reka bentuk inovatif ini menghapuskan geseran mekanikal dan meningkatkan kecekapan serta keandalan operasi. Unit ini mencapai prestasi luar biasa dengan IPLV sehingga 9.71 apabila menggunakan bahan penyejuk R1234ze(E). Direka agar tahan lama, pemampat ini menawarkan jangka hayat selama 30 tahun dengan perlindungan IP67 dan beroperasi pada hanya 70 dB(A). Reka bentuk modularnya membolehkan sehingga 16 unit digabungkan tanpa kawalan tambahan dan dalam masa yang sama menyokong bahan penyejuk R1234ze(E) dan juga R513A bagi mengurangkan impak alam sekitar.
Penyelesaian Pengurusan Terma untuk Pusat Data
Dengan pertumbuhan pengkomputeran AI yang pesat dan pasang atur pelayan berketumpatan tinggi, pusat data memerlukan penyelesaian pendinginan yang memberikan kecekapan dan juga keandalan. Midea menyediakan penyelesaian pengurusan terma tindanan penuh untuk pusat data. CDU yang tepat, dinding kipas berprestasi tinggi dan penyejuk yang cekap membentuk asas bagi pusat data yang amat cekap, lalu mendayakan PUE serendah 1.2. Teknologi lewahan berbilang peringkat dan kalis bocor menjamin keandalan sistem pendinginan 24/7, lalu memperkasakan inovasi tanpa kompromi.
Integrasi Pintar sebagai Prinsip Teras
Midea iBUILDING, iaitu platform digital komprehensif yang dibangunkan oleh Midea Building Technologies mengupayakan pengurusan bangunan pintar melalui sambungan yang lancar merentas peranti, data dan senario. Gerbang pintarnya yang memenangi anugerah mengupayakan sambungan kepada pelbagai jenis peralatan—termasuk sistem VRF, pam haba dan penyejuk—melalui satu unit dan menyokong pelbagai protokol komunikasi. Dengan integrasi BACnet dan Modbus natif, platform ini memastikan keserasian yang lancar dengan Sistem Pengurusan Bangunan (BMS) sedia ada. Platform ini menyediakan dua aplikasi teras: iEasyComfort menawarkan kebolehlihatan operasi dan pemantauan tenaga untuk pengguna akhir, manakala iEasyCare mengupayakan penyelenggaraan prediktif dengan pengesanan rosak pada masa nyata dan analisis prestasi untuk kakitangan servis dan penyelenggaraan. Alatan ini menyokong penyelenggaraan yang proaktif, pengoptimuman tenaga serta keandalan sistem yang dipertingkat.
Jawapan Berpadu untuk Pelbagai Cabaran
"Kehadiran kami di AHR lebih daripada sekadar mempamerkan produk; ia bertujuan untuk menyampaikan jawapan yang holistik," kata jurucakap untuk Midea Building Technologies. "Falsafah ‘Pintar dalam Satu’ adalah tentang menyediakan penyelesaian saling berkait yang secara langsung dapat menangani cabaran teras yang melibatkan keamatan tenaga, kebingkasan operasi dan kerumitan pengurusan dalam sektor-sektor seperti pusat data, hab pengangkutan, taman industri dan bangunan komersial." Pendekatan bersepadu ini memberi kedudukan kepada Midea bukan sahaja sebagai pembekal peralatan, tetapi juga sebagai rakan kongsi dalam memajukan industri bangunan global menuju masa depan yang lebih lestari dan pintar.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4877389_MS77389_6











